10 BLOGGER TERJAH LOKASI PENGGAMBARAN 'THE HAUNTED HOTEL'

Haaa!!! Macam mana? Korang dah pegi tonton filem The Haunted Hotel? Pada yang masih belum masih ada masa untuk pergi ke panggung untuk menonton filem ini. Mana tidaknya, filem ini sehingga kini telah berjaya membuat kutipan 'box-office' di China sebanyak RM11 juta. Sementara itu di Malaysia pula filem ini berjaya mengutip RM1 juta dalam masa 1 minggu seiring sambutan Holloween di Malaysia.

BACA: RAHSIA BILIK 1174 AMBER COURT DALAM FILEM 'THE HAUNTED HOTEL

CERITA AMBER COURT

Foto Hadapan Amber Court

Kami bermula sekitar jam 5.00 petang di LRT Gombak sebagai tempat berkumpul. Pada jam 5.15 petang kami sedia bertolak ke Amber Court dengan menaiki sebuah Van. Sepanjang perjalanan kami bersama kru produksi filem HH, beliau telah menceritakan pengalaman dimana pelbagai kejadian aneh semasa sesi penggambaran. Ini membuat kami lagi berasa gundah gelana dimana katenya ada kru diggangu, pintu bilik yang berkunci boleh terbuka sendiri.....ishhhhh membuatkan kami seriau dan tegak bulu roma mendengarnya. Sebelum itu lagi ada juga blogger yang menarik diri disaat-saat akhir dan ada blogger juga tidak ditemani oleh pasangan kerana takut dan tidak sedia kata mereka....ermmmmm takpela kami gagah dan cuba memberani kan diri kannn...




Kami Dah Sampaiiiiiii...


Kami sampai lebih kurang jam 6.20 petang dan keadaan yang sangat berangin sejuk dan agak suram seketika kerana hampir senja...macam-macam perasaan dan bayangan dalam fikiran kami....dapat merasakan sesuatu yang ishhhhh......setibanya juga kami melihat ramai pekerja-pekerja asing yang bekerja di puncak GH ni...biarkan sahaja..kemungkinan mereka sudah biasa atau tidak tau tentang apa2 kewujudan sesuatu di apartment tersebut..




Korang lihat sendiri..ada brannnnnss tak nieee..


Mengikut sumber yang MB baca di internet, Amber Court dibina dan dijual secara freehold. Terdapat 2 blok utama dan setiap lantai terdapat 12 unit kediaman yang terdiri dari studiohouse serta penthouse. Rata-rata pembeli membeli unit unit ini untuk dijadikan sebagai homestay atau rumah rehat hujung minggu. Mana tidaknya dengan lokasi yang berhampiran dengan Taman Tema Genting (Genting Theme Park) serta pemandangan yang indah diwaktu pagi sudah pasti unit unit di Amber Court menjadi pilihan pembeli hartanah utama.


Populariti Amber Court yang meningkat mula pudar apabila pemilik mula menjual unit unit mereka satu persatu. 'Kemelesetan' nya ditambah lagi apabila muncul cerita yang mengatakan lokasi ini amat popular sebagai lokasi bunuh diri oleh individu serta pelancong yang kalah judi di kasino yang terletak di GTH serta penampakan entiti di sekitar Amber Court. Lama kelamaan Amber Court dibiar tanpa penjagaan dan terabai.


Awal tahun lalu, Amber Court kembali meriah dengan pendatang asing dari seantero Asean, India, Nepal serta Pakistan lantaran projek Fox Studio Genting Highland yang kini sedang rancak dalam pembinaan. MB terkejut campur kagum apabila melihat beberapa premis perniagaan di dalam Amber Court dijadikan restoran, butik dan 'supermarket' oleh peniaga asing ini. Bayangkan disini anda boleh mendapatkan 'satay madura' dibakar panas, bakso, kebab, roti naan dan sebagainya. Disini kami temukan banyak 'hantu makanan'!


CABARAN SIAPA PALING BERANI?



Cabaran The Haunted Hotel | Siapa Paling Berani?

Setelah urusan daftar masuk, kumpulan blogger dibawa ke unit kediaman masing-masing. Ada blogger yang mendapat unit berseorangan ada yang berkongsi. Tanggapan kami meleset apabila unit kediaman yang dijadikan hotel kelihatan mewah. Tidak seperti keadaaan diluar Amber Court yang berlumut, usang dan seram. Kemasan kayu dan hiasan dalaman setiap unit tidak lansung menimbulkan rasa seram.




Jom Menginap sini nak hehehe....


Tepat jam 10 malam selepas menikmati makan malam. Abg Sam bersama JY, wakil dari LOMO Pictures membawa kami ke setiap lokasi dimana penggambaran babak dalam filem THH dijalankan. Sayang sekali unit dimana babak terjun dari balkoni tidak dapat kami dekati kerana unit tersebut terkunci rapi. Kami juga dibawa ke sebuah unit yang dikatakan keras.




Nampak tak pintu hujung kanan yang ada Grill tu la bilik sekeluarga bunuh diri dan tak semena-semena dijadikan bilk sidang media katanye....


Kata JY , ada kisah benar berlaku dimana terdapat 7 sekeluarga membunuh diri diunit berkenaan. Semua gara-gara kalah judi. Sesekali di unit berkenaan terasa seperti ada yang memerhati aktiviti kami ketika itu. Seram....


JY kemudian membawa kami semua ke tingkat 2 dimana penggambaran babak dalam tandas hospital dijalankan. Sebelum me