'Akhirnya Cinta' Memori Terindah Buat Salma

October 27, 2017

Kehadiran lagu single terbaru Salma Asis 'Akhirnya Cinta' boleh dikatakan menjadi satu memori terindah buat penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini.

 

 Salma Asis Semasa Sidang Media Semalam Sempena Pelancaran MTV Akhirnya Cinta

 

Selepas menjuarai pentas Epik 3 Juara tahun lepas, terdahulu sebagai Juara Mentor, Salma juga telah merakamkan beberapa buah lagu dan juga dikatakan telah hilangkan diri seketika. Kali ini Salma kembali dan terus bangkit dengan pelancaran muzik video Akhirnya Cinta Ciptaan Lagu oleh Ajai & Liriknya oleh Slen Fadzil di bawah syarikat rakaman Wake The Baby Records Sdn Bhd serta mendapat kerjasama di bawah edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.

 

Baru-baru ini lagu ini telah mendapat tempat sebagai lagu tema OST 'Ku Kirim Cinta' lakonan hebat Ayda Jebat & Redza Rosli. Ia juga dapat membantu melonjak nama Salma untuk terus bersama-sama dengan barisan artis popular tanah air yang lain.

 

Dalam mengiatkan lagi promosi lagu ini, Salma telah tampil membuat persembahan-persembahan utama seperti di DFKL, ABPH dan Hari Malaysia demi mengukuhkan jenama beliau sendiri.

 

 Foto-Foto Sekitar Sidang Media

 

Semasa sidang media semalam, peminat-peminat Salma kini boleh menyanyikan lagu Akhirnya Cinta di pusat karaoke Neway di seluruh negara. Sementara itu Haziq Hotfm bertindak sebagai pengacara majlis.

 

 

Pengambaran klip video ini dibuat hanya mengambil sehari di sekitar Kuala Lumpur. Klip video yang memaparkan Salma secara solo memberikan ekspresi dengan sepenuh jiwa beliau, beremosi setiap bait-bait lirik dan santai mengenakan beberapa busana kasual, Salma berjaya memberikan persembahan yang terbaik khas untuk peminat-peminat beliau.

 

Tambahan pula Salma berjaya membawa lagu Akhirnya Cinta ke peringkat separuh akhir di Muzik-Muzik 32 dan MB doakan semoga Salma berjaya menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu 32 -MYBUZZ

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.