ENFINITI UMUMKAN BARISAN PENUH PELAKON MUZIKAL OLABOLA

November 4, 2017

Awal bulan lalu, Enfiniti telah mengumumkan Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Brian Chan, Abimanyu Masilamani, Kai Chalmers dan penyanyi rap Altimet sebagai barisan utama muzikal ini; dan mereka telah pun tampil membuat persembahan secara langsung single radio pertama Muzikal OlaBola bertajuk “Luar Biasa” di pentas rancangan realiti popular Astro Ria, Akademi Fantasia Megastar pada 8 Oktober lalu.


Turut menyertai barisan bintang-bintang ini adalah Iedil Putra sebagai Rahman dan Melissa Ong sebagai Chow Mei Ling. Juga termasuk pelakon dan penari Emma Toh dan pemenang Miss World Malaysia 2015, Brynn Zalina Lovett, serta kumpulan tarian jalanan yang banyak memenangi anugerah, Giller Battle Crew yang terdiri daripada tiga beradik yang berasal dari Sabah – Khenobu, Weskarnain dan “Juicy” Mohd Yasin serta penari-penari hip hop terkenal Budak Joget, yang diketuai oleh Pembantu Jurureka Tari Muzikal OlaBola, Fuzz Wayne.

 

Sumber : Instagram Enfinity Academy

 

Pelakon Iedil Putra yang berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2011, telah memegang watak utama di dalam pelbagai filem popular seperti Ngorat, Terbaik dari Langit dan Interchange. Dengan pengalaman selama dua dekad dalam bidang seni persembahan, pelakon yang dilatih oleh Tunas Budaya ini telah mengembangkan sayapnya dalam industri hiburan baik di depan atau di belakang tabir. Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan sketsa komedi yang banyak memenangi anugerah, Projek Disko Baldi. Bakat Iedil lebih terserlah ketika membawa watak Sukardi dalam pementasan Muzikal P.Ramlee Musim ke-3.


Melissa Ong merupakan seorang penghibur dan personaliti TV. Mula dikenali sebagai hos rancangan TV Tong Tong’s Wonderland di Astro XTY. Beliau yang bermula sebagai penari balet seawal umur 3 tahun, dan mengembangkan bakatnya ke genre tarian lain seperti tarian moden dan tradisional, tarian Latin, hip hop, tarian gelek, tarian jazz dan tarian broadway. Melissa juga telah berjaya bergelar penyanyi apabila beliau muncul dengan EP single bersama kugiran wanita Previous

 

MENYATUKAN BOLA SEPAK, TARIAN JALANAN DAN TEATER

 

 

Muzikal OlaBola adalah merupakan muzikal epik rap dan hip-hop pertama di Malaysia, cukup segar dan berbeza daripada produksi Malaysia yang lain. Selain ikon rap Altimet di dalam pasukan kreatif kami, OlaBola The Musical menjanjikan koreografi mahir dan persembahan Giller Battle Crew (pemenang Showdown The Series 2012) dan krew tarian hip-hop serta pemenang anugerah antarabangsa, Budak Joget, yang akan membuat anda terkesima!


“Penari breakdance sebelum ini hanya boleh bermimpi untuk buat persembahan di Istana Budaya. Hari ini, salah satu impian seumur hidup saya akan jadi kenyataan. Bagi pihak komuniti penari breakdance, saya ingin ucapkan seikhlas terima kasih kepada Tiara kerana membuka peluang kepada kami untuk persembahkan kesenian kami di 5 pentas Istana Budaya. Kami tidak sabar untuk menunjukkan reka tari terbaik kami dan tunjukkan kebolehan kami kepada negara,” kata juara dua kali pertandingan Red Bull BC One di Malaysia dan Jepun, Khenobu.


“Buat sekian lama, hip-hop telah menjadi gaya hidup saya dan kini diberi peluang menjadi sebahagian daripada Muzikal Olabola adalah satu penghargaan. Saya cukup teruja untuk memberikan sehabis baik untuk produksi ini dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Jurureka Tari Azwa, Pengarah Pergerakan Stephen dan juga barisan pelakon yang berbilang serta hebat,” kata Pembantu Jurureka Tari Muhammad Fazrin yang juga dikenali sebagai Fuzz Wayne.

 

Sumber : Instagram Enfinity Academy

 

 

Penjualan tiket akan bermula pada Isnin, 16 Oktober 2017. Sebagai promosi “Pembelian Awal”, sejumlah tiket terhad untuk bahagian auditorium terpilih yang asalnya berharga RM250 akan boleh didapati pada harga diskaun RM150. Promosi boleh didapati sehingga 16 November 2016, sementara masih ada.


Pemegang kad CIMB layak untuk membeli tiket daripada semua kategori pada diskaun 40%. Diskaun ini untuk 3,000 tiket pertama yang dibeli. Promosi ini akan bermula pada 26 November 2017, sementara masih ada.


Untuk maklumat lanjut dan maklumat penuh tiket, layari laman web di www.olabolamusical.com. Untuk berita terbaru, ikuti platform rasmi Enfiniti Production |MYBUZZ

 

 Facebook  : (https://www.facebook.com/EnfinitiMY/)

 Instagram : (https://www.instagram.com/enfinitimy/

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.