HANYUT CIPTA FENOMENA DI ASK17


Pelakon Diana Danielle mengulangi kemenangan ketika di FFM29 yang lalu di Anugerah Skrin 2017, semalam apabila sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem melalui filem Hanyut. Kejayaan tidak terhenti disitu apabila produksi filem Hanyut turut mengungguli 4 lagi kategori lain iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Khalid Salleh), Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik Filem (U-Wei Haji Saari), dan kategori Filem Terbaik.


Turut mengulangi kemenangan semasa FFM29 lalu di pentas ASK17 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem ialah Sangeetha Krisnasamy melalui filem Adiwiraku. Sementara itu Produksi Rumah Citra Karya SB turut menang besar pada ASK edisi kali ini menerusi drama Pesan Dari Tuhan, apabila berjaya merangkul 4 anugerah bagi kategori Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Lakon Layar TV Terbaik (Erma Fatima), dan Pelakon Pembantu Terbaik Drama (Remy Ishak). Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori utama yang disampaikan pada malam tadi.

Drama Terbaik

Pesan Dari Tuhan | Rumah Karya Citra SB

Pengarah Terbaik Drama

Erma Fatima | Pesan Dari Tuhan

Lakon TV Terbaik

Erma Fatima | Pesan Dari Tuhan

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Hasnul Rahmat | Kapcai Ayah

Pelakon Wanita Terbaik Drama

Fasha Sandha | Terima Kasih Ramadhan

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

Remy Ishak | Pesan Dari Tuhan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

Azizah Mahzan | Terima Kasih Ramadhan

Drama Rantaian Terbaik

My Sweet Lavender | Orange Tree SB

Pelakon Komedi Terbaik

Ellie Suriaty |Papa Sayang

Drama Komedi Terbaik

Budak Ijat |Radius One SB

Rancangan Majalah Terbaik

Misi K 2016 | Misi Kemanusiaan Pulau Cebu Filipina

Rancangan Realiti Terbaik

Mentor Milenia 2017 (Akhir) *Ralat Kapsyen

Rancangan Anugerah Terbaik

Anugerah Juara Lagu 31/2016

Filem Terbaik

Hanyut | Tanah Licin SB

Lakon Layar Terbaik

U-Wei Haji Saari | Hanyut

Pengarah Terbaik Filem

U-Wei Haji Saari | Hanyut

Pelakon Wanita Terbaik

Sangeetha Krishnasamy | Adiwiraku

Pelakon Lelaki Terbaik

Khir Rahman | Rock Bro!

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Diana Danielle | Hanyut

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

Khalid Salleh | Hanyut

ASK17 berlansung di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur dan disiarkan secara lansung di TV3 jam 9 malam tadi. Majlis dihoskan oleh Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Hot FM. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah! |MYBUZZ!





























Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.