10 TEMPAT CANTIK DI LABUAN

November 8, 2017

Cantiknyaaaaa Labuan...

 

Peta Labuan  Kredit Sabah Travel Guide

 

Pulau Labuan yang berpopulasi sekitar 100,000 orang telah mengalami perubahan yang besar sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan ke 2 pada 16 April 1984. Sungguh banyak keistimewaan terdapat di Kepulauan Labuan. Pulau utamanya iaitu Labuan berkeluasan 91.64 kilometer persegi dan terbahagi kepada 27 buah kampong. Terdapat 6 buah pulau kecil di sekitarnya iaitu Pulau Daat, Pulau Papan, Pulau Burung, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar. 

 

Pantai pantai di Labuan seperti Pantai Batu Manikar dan Pantai Sg. Pagar, pernah dianugerahkan ‘United Nation COBSEA Clean Beach Award’ pada tahun 2008 serta diisytiharkan sebagai ‘101 The Most Beautiful Beaches In South East Asia’ pada tahun 2015. Setiap pantai yang menghadap ke arah barat dan lautan luas, tidak akan terlepas dari menjadi tempat tumpuan para pengunjung menikmati pemandangan matahari terbenam. Begitu juga Pantai Pancur Hitam dan Pantai Batu Pohon yang terletak di barat laut Pulau Labuan. Selain dari aktiviti santai sebegitu, di Pantai Batu Pohon juga, para pengunjung boleh menjenguk jualan ikan segar dari tangkapan para nelayan yang resamnya akan pulang semula ke pantai pada waktu petang.

 

 Kedamaian Waktu Senja Di Pantai

 

 
Di barat laut Pulau Labuan ini terdapat sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Sungai Labu. Ia terkenal dengan kemudahan ‘homestay’ untuk para pelancong. Sebuah perkampungan yang kaya dengan pemandangan dan hamparan pantai yang memutih. Suasana kampung air yang unik pula boleh dirasai oleh para pelancong jika berkunjung ke Kampung Air Patau Patau dan Kampung Air Bebuluh di sebelah selatan Pulau Labuan. Pengunjung boleh memilih untuk tinggal di beberapa buah ‘homestay’ yang benar benar terbina di atas air untuk merasai pengalamannya.

 

 

 Tempat beristirehat di pantai

 

Kepulauan Labuan turut terkenal sebagai destinasi aktiviti menyelam ‘scuba’ dan ‘snorkeling’. Terdapat beberapa buah pusat menyelam bertaraf antarabangsa yang ditadbir oleh Jabatan Taman Laut Labuan. Antara yang terkini adalah penemuan tapak selaman Vernon Bank, kira kira 40 batu nautika ke utara Pulau Labuan. Selain itu terdapat tapak selaman kapal karam yang terbaik di Asia seperti ‘Australian Wreck’, ‘American Wreck’, ‘Cement Wreck’ dan ‘Blue Water Wreck’. Pelancong juga boleh melawat Muzium Marin Labuan yang mempamirkan replika dan rangka hidupan laut selain dari akuarium yang menyimpan pelbagai khazanah hidupan laut.

 

Taman Burung dengan kubah sangkar gergasi kembar tiga terletak berhampiran Tanjung Kubong. Dengan pemeliharaan mukabumi dan tumbuhan semulajadi, taman ini menyimpan hampir 580 jenis spesis burung samada di dalam kurungan atau bebas berterbangan di dalam sangkar gergasi tersebut. Taman Botani Labuan pula terletak di Jalan OKK Abdullah. Taman ini mengalami banyak perubahan sejak ia wujud pada tahun 1852. Taman ini pernah menempatkan kediaman rasmi James Brooke, Gabenor dan beberapa Residen Inggeris selepasnya dan menjadi kediaman tamu Prince of Wales, King Edward ke 8 pada tahun 1922. Sebahagian besarnya juga digunakan untuk penternakan lembu susu. Malah kawasan ini pernah menjadi mangsa bom sewaktu Perang Dunia ke 2. Pada tahun 2001, ia dibangunkan semula menjadi taman botani dan taman rekreasi awam.

 

 Taman Burung Labuan

 

Bagi penggemar sukan golf pula terdapat ‘Labuan International Golf Club’ di Jalan Sungai Pagar. Dibuka pada tahun 2013, lapangan golf 18 lubang ini terletak di kawasan seluas 200 ekar, menghadap pemandangan menarik Laut China Selatan. Direkabentuk oleh firma terkenal Parslow & Winter, ia mengekalkan 60% hidupan semulajadi untuk menjadikannya sebuah lapangan golf yang unik.

 

 Muzium Chimney, sebuah tempat yang dikenali juga sebagai muzium tapak. Info lanjut boleh ke laman sesawang rasmi  http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-chimney

 

Bagi yang meminati sukan lasak boleh menjalankan aktiviti ‘flying fox’ di pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun, berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan seluas 5.91 ekar. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada ‘Labuan Sea Challenge’ yang dianjurkan setiap tahun. Kemudahan tersebut bakal menjadikan Labuan sebagai hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

 

Dengan apa yang ditawarkan oleh Pulau Labuan, ia jelas sangat berpotensi sebagai destinasi pelancongan kerana dianugerahkan aset keindahan alam semulajadi, budaya hidup tempatan yang menarik dan bahan bersejarah yang dimilikinya. - MYBUZZ

Tags:

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.