Selebriti Meriahkan Acara 'Baby Shower Mega' Happikiddo

November 8, 2017

Meraikan kehamilan dan kedatangan bakal anak sulung kepada kandungan ibu berusia 7 hingga 8 bulan dan secara tidak langsung sebagai hadiah kepada bakal ibu merupakan simbolik kepada pasangan dalam mengadakan majlis 'Baby Shower'.

 

Baru-baru ini sebuah kedia bayi berkonsep, Happikiddo sekali lagi menganjurkan ‘Baby Shower” khas buat pelanggan-pelanggannya. Acara tahunan yang diadakan buat kali kedua ini menyaksikan lebih dari 100 ibu bapa berkumpul di kedai cawangan terbesarnya di Quill City Mall untuk sama-sama bergembira dan memanjakan diri. Turut hadir pada acara tahun ini merupakan model dan selebriti terkenal, Hanis Zalikha. Hanis membawa bayi sulung lelaki yang popular diberi nama Yusuf Iskandar hasil perkahwinan bersama selebriti Hairul Azreen.

 

 Hanis Zalikha bersama anak beliau Yusuf Iskandar

 

Pada majlis tersebut Ibu-ibu hamil berkumpul untuk berkongsi momen dan mengeratkan lagi perhubungan disamping menyertai permainan dan aktiviti di mana hadiah cabutan bertuah bernilai RM30,000 diberikan kepada peserta.

 

Tutur hadir rakan selebriti iaitu Nad Zainal bersama dengan bayi lelaki sulung beliau iaitu Fahad Ibrahim

 

Pengarah Urusan Happikiddo, Elaine Chew bersama Nad Zainal, Fahad Ibrahim & Suami beliau.

 

Hanis dan Nad juga berkongsikan detik-detik saat kehamilan kepada semua tetamu yang hadir. Majlis turut diceriakan oleh Dee selaku hos dengan membawa karektar Ibu mengandung.

 

 Elaine bersama Dee

 

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Happikiddo, Elaine Chew, pemahaman tentang ‘Baby Shower’ kerap disalah anggap sebagai proses memandikan bayi  dalam sebuah acara.

"Baby Shower’ merupakan acara tradisi yang lazim dalam pelbagai kebudayaan, di mana seorang ibu mengandung diberi perhatian dan diraikan oleh kawan-kawan dan keluarganya melalui sebuah acara. Ini adalah cara yang bermakna untuk menandakan transformasi wanita tersebut menjadi seorang ibu," kata Chew.

‘Baby Shower’ menawarkan nasihat buat ibu bapa serta tips buat bakal ibu bapa. Malah Hanis Zalikha akan turut berkongsi nasihat buat bakal ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata. Sesi ini juga menyediakan panduan tentang persiapan kedatangan bayi oleh Happikido.

 

Chew menambah: "Kehamilan merupakan pengalaman istimewa dalam kehidupan setiap wanita. Kami berbangga untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan menjadi sebahagian dari perjalanan mereka menuju ‘Baby Wonderland’. Malah sebagai ibu juga, kami berasa bangga dan terhormat untuk berkongsi pengalaman ini bersama mereka dengan menawarkan produk bayi yang berkualiti dan praktikal serta ditambah dengan pelbagai lagi faedah pada nilai yang lebih baik. "

 

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara permainan yang melibatkan ibu-ibu hamil dan pasangannya.

 

 

Happikiddo berusaha untuk menjadi hos untuk acara ‘Baby Shower’ buat ibu bapa pada setiap tahun dan berharap dapat memperluaskan acara ini ke negeri-negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Bersempena dengan acara Baby Shower ini, Happikiddo turut melebarkan sayap perkhidmatan hadiahnya untuk memenuhi permintaan pemberian hadiah secara peribadi. Dinamakan sebagai ‘Happikiddo Gifts’, anak syarikat ini bekerjasama dengan pihak Flores KL untuk menawarkan bakul berisi bunga dan hadiah kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Harga untuk bakul hadiah tersebut bermula dari RM299.

 

Happikiddo menawarkan lebih dari 100 jenama antarabangsa dengan lebih daripada 10,000 produk yang merangkumi segala keperluan ibu bapa dan bakal  ibu bapa di bawah satu bumbung. Dari makanan bayi, permainan pendidikan, makanan penting dan peralatan mandian, pakaian, buku dan perabot nurseri, Happikiddo menawarkan penyelesaian untuk ibu bapa dengan menawarkan barangan yang paling selamat dan berkualiti tinggi.-MYBUZZ

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.