NAD ZAINAL HIDAP LEUKIMIA?

November 14, 2017

 

Nad Zainal perlu berhadapan dengan penyakit yang dihidapinya iaitu Leukimia. Adakah beliau dapat bertabah dengan dugaan yang menimpa dirinya? Semuanya akan terjawab di dalam drama Jurnal Suraya di slot Zehra pada 15 November ini setiap Rabu dan Khamis hanya menerusi TV3.

 

Jurnal Suraya yang merangkumi 13 episod ini banyak mengetengahkan unsur-unsur kasih sayang Antara keluarga dan sahabat ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn. Bhd. di bawah arahan saudara Zul Huzaimy. Selain daripada Nad Zainal, drama ini turut dibintangi oleh pelakon handalan seperti Johan As’ari, Sasqia Dahuri, Ryzal Jaafar, Aisyaa Hasnaa, Noniswara dan Khairi Anwar.

 

Menurut pengarah Jurnal Suraya, saudara Zul Huzaimy, “Drama Jurnal Suraya ini mengisahkan perjuangan hidup pesakit kanser dan sedikit sebanyak fakta tentang kanser berdasarkan pengalaman pesakitnya sendiri iaitu Jamal Salleh selaku Production Manager drama ini. Ketika musim penggambaran drama ini, beliau sedang berada di tahap 4 dan berjaya sembuh dalam masa setahun.  Cabaran yang saya dihadapi sepanjang pengambaran ialah untuk menghidupkan watak-watak di dalam drama ini kelihatan realistik sebagai penghidap kanser. Alhamdulillah dalam masa sebulan pengambaran, Nad Zainal dan Johan As’ari berjaya mewujudkan watak mereka sebagai pesakit kanser dan mereka berjaya membuatkan kru kami percaya bahawa mereka seolah-olah memang menghidap kanser. Saya bersyukur kerana para pelakon dan kru produksi memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan drama Jurnal Suraya.”

 

Drama Jurnal Suraya ini mengisahkan ketabahan Suraya (Nad Zainal) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya. Selain rakan-rakannya, Alif (Johan As’ari) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam. Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairi Anwar) mahu mengahwinkan Suraya dengan Imran (Ryzal Jaafar).

 

Antara babak-babak dalam Drama Jurnal Suraya

 

Namun, Imran mempunyai niat tersembunyi disebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimanapun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam. Penyakit yang dihidapi Suraya membuatkannya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan merupakan usaha terakhir atas saranan doktornya, Dr. Nadia. Bukan sahaja Suraya, Alif juga sering diserang penyakitnya dan berulang-alik ke hospital. Ekoran daripada tempoh rawatan yang panjang membuatkan Suraya dan Alif terputus hubungan buat seketika.

 

Ibu mertua Suraya, Puan Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Puan Sharifah sememangnya tidak berkenan dengan menantunya, Suraya dan menganggap penyakit yang dialami oleh Suraya tidak lah seteruk mana dan hanya sengaja dibuat-buat seperti kelihatan kritikal. Namun, bukan sahaja kebencian yang diterima daripada ibu mertuanya, perangai buruk Imran yang kaki mabuk dan bersifat curang mereka memberi tekanan kepada Suraya. Hari demi hari, tekanan yang diterima oleh Suraya membuatkan penyakitnya menyerang dirinya kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital.

 

Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Saksikan drama bersiri Jurnal Suraya setiap Rabu dan Khamis pada pukul 9 malam di TV3 dalam slot Zehra bermula 15 November 2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.        

 

Pesanan Mesra: Apa lagi jom tonton beramai-ramai kasi berhantu ckit drama ini. MYBUZZ

 

    

 

                                    

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.