Noah Gegarkan Stadium Negara KL

November 15, 2017

Kumpulan Noah yang pada asalnya dikenali sebagai kumpulan Peterpan bakal menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 November ini.

 

Sejak menukar nama Peterpan kepada Noah pada tahun 2012, mereka telah tekad untuk bekerja keras bagi  memastikan lagu-lagu dendangan mereka di kenali dan dinikmati seluruh peminat.

 

 

Ketika sidang media di Double Tree Hilton, Kuala Lumpur tempoh hari, Ariel (Vokalis) bersama anggota Noah yang lain seperti Uki (guitaris), Lukman (guitaris) dan David (keyboard) turut hadir.


"Sukar sangat kerana bagaimana pun kita ingin menyanyikan banyak lagu, kita hanya ada masa 90 minit, bererti 15 lagu''. Kata Ariel.

"Jadi kita mesti pilih 15 lagu daripada beberapa album............," Ujar beliau lagi.

 

Bagi terus mengukuhkan nama Noah, mereka telah bersiap sedia kembali untuk mencuri perhatian peminat setianya di Malaysia.

 

Sebaliknya setiap anggota dalam kumpulan Noah ini mahu terus pandang ke hadapan kerana muzik yang dibawakan oleh Noah masih relevan di telinga penggemar muzik dan sekaligus, khas buat peminat Noah di negara asalnya dan di rumah nombor duanya ini (Malaysia).

 

Malah menurut Ariel, Malaysia selalu dekat dengan mereka. Kali terakhir mereka melakukan konsert berskala besar di Malaysia lebih enam tahun yang lalu.

 

Mengikut catatan kejayaan Noah yang pernah mengadakan persembahan di Melbourne, Australia pada tahun 2012 dan  pasti Noah mampu membawa lebih 8,000 peminat mereka untuk menggegarkan Stadium Negara Kuala Lumpur.

 

Konsert kali ini dibawakan oleh Nada Promotama selaku penganjur utama dan Mewah Event Management sebagai wakil publisiti.

 

Lagu-lagu dari album Noah, Second Chance yang dilancarkan serentak pada siri jelajah Noah atau persembahan bergerak Noah United States Tour (2015) pasti disenaraikan juga untuk dendangan pada hari persembahan “Noah-Live In Kuala Lumpur” di Stadium Negara.

 

Mengadakan persembahan bukan di gelanggang sendiri tetapi di pentas Stadium Negara, Kuala Lumpur, semestinya Noah mahu mementaskan sebuah persembahan yang meninggalkan kenangan terindah kepada peminat fanatiknya di Malaysia.

 

Noah menjanjikan sebuah konsert yang akan diisi dengan pelbagai gimik dan barisan lagu daripada zaman Peterpan kepada lagu-lagu saduran dan hit daripada album Noah.

 

Pembelian tiket konsert boleh didapati di airasiaredtix.com.

 

Mereka mahu peminat Malaysia terus bersama Noah seperti dulu dan minta peminat mereka menyaksikan sendiri konsert terhebat mereka di Stadium Negara nanti. MYBUZZ

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.