HARMAN International PERKENAL KOLEKSI 2018 GAJET AUDIO LABEL JBL, HARMAN/KARDON DAN AKG

November 17, 2017

 

 

HARMAN International merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd. yang menumpu kepada teknologi berkaitan untuk pasaran automotif, pengguna dan perusahaan, telah mengadakan satu majlis pengenalan serta pelancaran produk mereka  dari pelbagai model baharu untuk koleksi pembesar suara mudah alih, fon kepala, audio rumah, dan bar bunyi di bawah jenama JBL, Harman/Kardon dan AKG minggu lalu.

 

Majlis dengan tema INTRODUCTION FY'18 - #DARETOLISTEN itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Jeff Chin (My FM’s DJ, duta jenama untuk Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd), Arjalee (Artis), Han Xiiao Aii (Artis), Joe Chang (G0XUAN’s DJ), Steve Woon (Artis), Kah Jun (Artis), Pink Tan (Artis), Hanz Koay (Artis), KNY Low (Artis), dan Alvin Chong (Artis).

 

Dari kiri :Sarah Tan, Nur Qistina Raiseh, Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan (Tomok), Houson Ng dan Jaco3oy

 

Pada majlis itu juga pihak Harman turut memperkenalkan model terbaru JBL Jr, iaitu barisan gajet  JBL utama, terdiri dari fon kepala kanak-kanak yang sempurna yang menggabungkan keperluan hiburan kanak-kanak yang menepati jangkaan tahap kualiti dan keselamatan yang dititikberat oleh golongan ibu bapa. Barisan JBL Jr baru termasuklah model berwayar dan tanpa wayar yang direka khusus untuk kanak-kanak yang berusia tiga hingga sepuluh tahun.

 

Koleksi ini direkayasa untuk memaksimumkan tahap keseronokan pada tahap kelantangan yang selamat, sesuai untuk deria pendengaran kanak-kanak yang sensitif. Semua fon kepala JBL Jr baru mampu untuk mengeluarkan bunyi yang dijamin dengan kualiti audio yang tinggi pada tahap yang selamat, dan sesuai untuk kanak-kanak.

 

Pihak Harman International turut melantik 4 bintang kanak-kanak sebagai duta JBL Jr yang telah memperagakan koleksi berkenaan pada majlis itu. Duta kanak-kanak ini adalah Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan, Nur Qistina Raiseh, Sarah Tan, Houson Ng dan Jaco3oy


 

 

 

 

 

 Senarai harga untuk kesemua model gajet dibawah label JBL, Harman/Kardon dan AKG

 

Pada majlis itu juga pihak Harman telah memberikan Anugerah Pencapai Sepuluh Teratas kepada peruncit yang telah menyumbang kepada jualan Hot Gadgets produk Harman International sepanjang tahun 2017:

 

  • CG Computers Sdn Bhd

  • Machines Sdn Bhd

  • Viewnet Computer System Sdn Bhd

  • Foto Flash Sdh Bhd

  • All IT Hypermarket Sdn Bhd

  • Digi Telecommunications Sdn Bhd

  • C-Zone Sdn Bhd

  • BG Phonemart Sdn Bhd

  • Vivid Telecommunication Sdn Bhd

  • Thunder Match Technology Sdn Bhd

 

Sempena musim perayaan Hari Krismas bakal menjelang, pihak Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd telah mengumumkan satu promosi Jualan Akhir Tahun untuk menarik lebih ramai pelanggan. Pelanggan yang membeli produk JBL, Harman Kardon atau AKG akan diberikan kad Hadiah JBL yang eksklusif dan kertas pembalut edisi terhad. Selain itu, pelanggan yang membeli siri headphone E & T layak menerima stoking hiasan Krismas. Untuk fon kepala JBL Jr, waranti tambahan 1 tahun akan diberi, tetapi ia terhad kepada 1,000 unit sahaja.

 

Produk-produk JBL, Harman Kardon dan AKG ini akan mula dijual di peruncit serta kedai rasmi JBL Official di Lazada Malaysia mulai bulan ini. |MYBUZZ

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.