HARMAN International PERKENAL KOLEKSI 2018 GAJET AUDIO LABEL JBL, HARMAN/KARDON DAN AKG


HARMAN International merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd. yang menumpu kepada teknologi berkaitan untuk pasaran automotif, pengguna dan perusahaan, telah mengadakan satu majlis pengenalan serta pelancaran produk mereka dari pelbagai model baharu untuk koleksi pembesar suara mudah alih, fon kepala, audio rumah, dan bar bunyi di bawah jenama JBL, Harman/Kardon dan AKG minggu lalu.


Majlis dengan tema INTRODUCTION FY'18 - #DARETOLISTEN itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Jeff Chin (My FM’s DJ, duta jenama untuk Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd), Arjalee (Artis), Han Xiiao Aii (Artis), Joe Chang (G0XUAN’s DJ), Steve Woon (Artis), Kah Jun (Artis), Pink Tan (Artis), Hanz Koay (Artis), KNY Low (Artis), dan Alvin Chong (Artis).


Dari kiri :Sarah Tan, Nur Qistina Raiseh, Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan (Tomok), Houson Ng dan Jaco3oy

Pada majlis itu juga pihak Harman turut memperkenalkan model terbaru JBL Jr, iaitu barisan gajet JBL utama, terdiri dari fon kepala kanak-kanak yang sempurna yang menggabungkan keperluan hiburan kanak-kanak yang menepati jangkaan tahap kualiti dan keselamatan yang dititikberat oleh golongan ibu bapa. Barisan JBL Jr baru termasuklah model berwayar dan tanpa wayar yang direka khusus untuk kanak-kanak yang berusia tiga hingga sepuluh tahun.


Koleksi ini direkayasa untuk memaksimumkan tahap keseronokan pada tahap kelantangan yang selamat, sesuai untuk deria pendengaran kanak-kanak yang sensitif. Semua fon kepala JBL Jr baru mampu untuk mengeluarkan bunyi yang dijamin dengan kualiti audio yang tinggi pada tahap yang selamat, dan sesuai untuk kanak-kanak.


Pihak Harman International turut melantik 4 bintang kanak-kanak sebagai duta JBL Jr yang telah memperagakan koleksi berkenaan pada majlis itu. Duta kanak-kanak ini adalah Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan, Nur Qistina Raiseh, Sarah Tan, Houson Ng dan Jaco3oy