Jakel Tawar Hadiah Lumayan Anjur Larian Amal Rohingya

November 20, 2017

Jakel Pusat Gedung Tekstil terbesar Malaysia buat julung kalinya bakal menganjurkan aktiviti berbentuk gaya hidup sihat berkonsepkan larian sebelum berlabuhnya tirai kalendar 2017. Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 merupakan satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Jakel, disamping langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah melahirkan serta menerapkan amalan dan gaya hidup sihat selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia lebih produktif.

 

 

Disamping meraikan ulangtahun Jakel ke-10 tahun Jakel mula bertapak di Kuala Lumpur dengan trademark “Ingat Kain Ingat Jakel” .

 

Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel berkata Jakel mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang peranan Jakel yang bukan sahaja menumpukan kepada operasi perniagaan semata-mata, malahan senantiasa menyokong usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat sekaligus mampu memacu peningkatan produktiviti negara”.

 

Tambah beliau  lagi penganjuran larian ini adalah salah satu medium CSR Jakel, dimana hasil kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan daripada peserta larian, sumbangan daripada Jakel Trading Sdn Bhd beserta daripada para penaja berjumlah RM700,000 akan diberikan sepenuhnya dan diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh. Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.

 

Program larian ini mensasarkan lebih ramai penyertaan daripada masyarakat luar sana memandangkan ini adalah pertama kali diadakan oleh Jakel. Para peserta yang ingin menyertai penganjuran ini boleh membuat pendaftaran Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 diatas talian (online) menerusi laman web www.racexasia.com yang mana telah dibuka pendaftaranya pada 25 Oktober 2017 sehingga 3 Disember 2017.

 

Selain itu, dijangka seramai 26 orang atlet negara akan menyertai acara ini antaranya ialah Mohd Syamsul Bahtiar Abd. Gapar, Zaidatul Husniah Zulkifli, Noor Farina Rusdi, Khairul Izwan Abdul Wahab, Wayne Chong,  Norhafifi Ismail dan ramai lagi.

 

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara besar ini, anda boleh ikuti Jakel di media sosial instagram Jakel di @jakeltextile dan juga Facebook @GedungTekstilJakel. MYBUZZ

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.