Shopee Meraikan Ulangtahun Kedua dengan Kira-kira 80 Juta Muat Turun di Rantau Ini

November 23, 2017

 

 


Dengan sokongan Iebih daripada 200,000 usahawan dan jenama, Shopee menjadi platform pilihan untuk meneroka perniagaan secara dalam talian

Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan meraikan ulangtahun kedua dengan rekod perkembangan cemerlang tahun ini. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja, Shopee telah menyaksikan pertumbuhan penting dalam semua tujuh (7) pasaran dengan kira-kira 80 juta muat turun di rantau ini dan Iebih daripada 180 juta senarai produk aktif oleh Iebih daripada 4 juta usahawan. Sehingga hari ini, terdapat kira-kira 5,000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee. Sejak mula dilancarkan pada 2015, jumlah tenaga kerja Shopee telah berkembang sehingga Iebih 2,500 orang.

 

“Shopee telah melalul transformasi yang mendadak sejak pelancarannya, dan walaupun kami berbangga dengan pencapaian kami, ini hanyalah satu (1) permulaan. Shopee komited terhadap keperluan dan pilihan pengguna kami dan telah berjaya mencipta satu platform yang menepati kehendak tersebut. Shopee akan tean berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan pemiagaan di rantau ini menerusi teknologi di samping menyediakan pengalaman membeli-belah yang cepat dan mudah kepada pengguna dan platform yang boleh dipercayai dan selamat kepada jenama dan usahawan baharu,” kata lan Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. (gambar)

2017 merupakan tahun yang mengujakan buat Shopee Malaysia dengan peningkatan bilangan pengguna yang membeIi-belah secara dalam talian. Pencapaian yang boleh dibanggakan termasuk:
                                                                                   


☆ Lebih 5 juta muat turun                                                                                                                                                                

☆ Lebih 200,000 usahawan dan jenama, termasuk Shojikiya, Pets Wonderland,                    OnePlus, Pureen, Lovely Lace, dan Mentholatum.

 

☆ Pelancaran Shopee Mall, satu portal membeIi-belah premium yang menawarkan          Iebih 100,000 produk secara eksklusif oleh pelbagai jenama terkemuka dan                      pengedar  sah.​ lnisiatif ini telah berjaya menarik banyak jenama terkemuka yang          memilih Shopee  sebagai platform untuk meningkatkan perniagaan dalam talian          mereka.

 

☆ Kejayaan berterusan Shopee University, satu siri bengkel kemahiran yang                        membantu usahawan dan perniagaan tempatan untuk berjaya dalam bidang                  eDagang yang telah membimbing Iebih daripada 4,000 peserta dari 10 negeri.                       


“Sejajar dengan usaha kami untuk memuaskan kehendak pengguna alaf baharu yang mencari kemudahan dan nilai tambah dalam pembelian mereka, kami telah meningkatkan inovasi dalam perniagaan kami dan meneroka segmen eDagang. Sehingga kini, Shopee merupakan platform eDagang pertama yang dilantik menjadi rakan kami atas kekuatan mereka yang mempunyai daya tarikan yang kuat dalam pasaran tempatan, ditambah dengan perkhidmatan tambah nilai dan kempen inovatif,” kata Aadrin AzIy, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad. "Usahasama kami dengan Shopee telah mamboleh kami meluaskan kehadiran kami dalam talian dan mendekati jumlah pelanggan yang Iebih besar. Tahniah atas Ulangtahun ke-2 mereka dan kami berharap untuk meneruskan usahama ini”.

“Bagi kami di MYDIN, sebuah syarikat tempatan terbesar dalam pemborongan dan peruncitan sejak 1957 , keputusan memilih rakan eDagang yang boleh dipercayai adalah amat penting. MYDIN melihat eDagang sebagai saluran perniagaan yang penting untuk menyokong perniagaan tradisional yang memerlukan kedai sendiri. Dengan Shopee, kami boleh menawarkan Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia. Kami beruntung dapat bekerjasama dengan Shopee dalam memberikan penjimatan hebat dari produk berasaskan makanan dan bukan makanan kepada semua pelanggan kami di seluruh negara dalam memenuhi keperluan seisi keluarga, ” kata Malik Murad Ali, IT Direktor, MYDIN Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, Shopee akan melancarkan jualan murah sempena ulangtahunnya dari 1 hingga 14 Disember, menawarkan promosi hebat atas 6 juta produk. Pembeli pasti ternanti-nanti dengan jualan kilat Shocking Sale, Kemuncak Berganda Shopee Mall, Tawaran Mega 12.12 dan banyak lagi. Hadiah menarik juga boleh dimenangi termasuk baucar Beat the Clock yang bernilai Iebih RM500,000; percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan iPhone X bernilai RM5,500. Jenama rasmi seperti Mydin, MRDIY, PETRONAS, Digi, Maxis and B Infinite turut menyertai sambutan ini dengan promosi eksklusif tersendiri untuk pengguna Shopee.

"Apabila kami mengambil keputusan untuk meningkatkan kehadiran dalam talian kami menjangkau Kedai Dalam Talian Digi, Shopee merupakan platform eDagang pertama di minda dan kami telah bekerjasama secara konsisten dalam semua kempen. Kami melihat, semakin ramai pengguna Digi menikmati pembelian secara dalam talian yang memudahkan mereka ketika membeli tambah nilai prabayar dari Kedai Rasmi Digi dan kami bercadang untuk menyediakan lebih banyak tawaran hebat pada masa akan datang dalam usaha menjadi rakan kehidupan digital pilihan pengguna, ” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.

“Kami memilih Shopee sebagai rakan eDagang pilihan berdasarkan perkembangan pesat mereka dalam masa yang singkat dengan jutaan pengguna di seluruh Malaysia. Dengan 330 kedai MR. DI Y di seluruh negara disokong oleh Shopee, kami mampu memenuhi keperluan seisi rumah pada bila-bila masa dan di mana sahaja, ” kata Andy Chin, Ketua Jabatan Pemasaran, MR. DIY.

“Tahun 2017 merupakan tahun yang cemerlang untuk Shopee dan kami berterima kasih kepada semua pengguna, usahawan dan rakan niaga atas sokongan berterusan mereka. Pada masa akan datang, kami akan terus memfokuskan untuk meningkatkan inovasi atas platform kami dan mempelbagaikan pilihan produk yang ada. Kami akan terus komited untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berkembang dan merentas sempadan eDagang untuk menjadi destinasi membeli-belah dalam talian pilihan di rantau ini,” kata Ho, mengakhiri kenyataan beliau.

Raikan Ulangtahun Shopee yang ke-2 bersama kami. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/birthday. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

 

Mengenai Shopee

 

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.Shopee akan terus meningkatkan prestasi platfonnnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan dl rantau Ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan keoergasan.Shopee mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina |MYBUZZ!

 

Tags:

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.