AKIM & THE MAJISTRET BAKAL ADAKAN KONSERT SULUNG - LIVE IN SINGAPORE 2017

November 28, 2017

 

 

PEMINAT Akim & The Majistret (foto) di Singapura pasti teruja apabila band popular ini bakal mengadakan konsert pertama mereka di negara itu. Konsert anjuran Adi Media Pte Ltd itu akan diadakan di Esplanade pada 26 Januari 2018. 

 

Pengasas Adi Media, Nur Dian Mohamad Rashid berkata, konsert berkenaan adalah hadiah kepada peminat Akim & The Majistret terutama dari Singapura yang tidak dapat hadir ke konsert mereka di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada Februari lalu.

 

“Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada peminat di Singapura yang tidak jemu-jemu menyokong mereka,” katanya.

 

Konsert yang akan bermula jam 8 malam itu adalah konsert berskala besar pertama buat band yang popular dengan lagu Mewangi, Potret, Obses dan Lagu Untuk Laila itu.  Nur Dian berkata, Akim & The Majistret menjadi pilihan mereka kerana yakin dengan kemampuan kumpulan itu menarik peminat.

 

“Ramadan lalu, mereka mengadakan persembahan di Celeb-Fest Singapore 2017 anjuran kami. Walaupun hanya membawa dua lagu secara akustik, tetapi peminat yang hadir cukup ramai. Saya yakin peminat Akim & The Majistret di Singapura ternanti-nantikan kehadiran mereka,” katanya.

 

Menurut Nur Dian, selain peminat di negara itu, mereka turut mengharapkan peminat Akim & The Majistret di Malaysia turut hadir menyaksikan konsert berkenaan. Akim & The Majistret yang pernah menang Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-30 tahun lalu bakal membawa 18 lagu dalam konsert itu.

 

“Saya yakin peminat akan ‘enjoy’ dengan konsert mereka nanti,” katanya. Nur Dian berkata, tiket sudah mula dijual sejak 16 November lalu dan sambutannya amat menggalakkan.

 

 

Sementara itu, Akim & The Majistret cukup teruja apabila diberi peluang mengadakan konsert pertama mereka di Singapura.

 

“Kami berjanji akan memberikan persembahan terbaik. Kami yakin peminat di Singapura tidak akan kecewa,” katanya.


Tiket-tiket berharga SGD148 (Kategori 1), SGD108 (Kategori 2), SGD88 (Kategori 3), SGD66 (Kategori 4), SGD48 (Kategori 5 - restricted view), (Kategori 6 -restricted view) dan SGD68 boleh dibeli secara online di www.apactix.com


Bagi pembeli tiket Kategori 1, mereka berpeluang menghadiri sesi ‘meet & greet’ bersama Akim & The Majistret.|MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.