At Rainbow’s End: Satu Kisah Harapan, Kasih Sayang & Kemaafan


Genre: Drama Dokumentari Bahasa: Bahasa Inggeris

Sari Kata: Bahasa Melayu/Inggeris/Cina Pengarah: Mark Lee Pelakon Utama: Tan Mie Kong, Tan Mie Huat, Agnes Tan, Jon Navaratnam, Alex Arokiam Durasi: 59 minit Klasifikasi: Umum

Tarikh Tayangan: 30 November 2017

Edaran: Fiery Films (M) Sdn Bhd


MB diberi peluang untuk menghadiri tayangan berkonsepkan drama dokumentari yang mengisahkan kebangkitan semula dari penyesalan oleh seorang pesakit AIDS.


Ia juga bersempena Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember 2017, Golden Screen Cinemas bersama-sama dengan Majlis AIDS Malaysia (MAC), Yayasan AIDS Malaysia (MAF), and Positive Living Community (PLC) membawa anda menyelusuri kisah yang sarat dengan emosi dimana atau bagaimana seorang insan bernama Tan Mie Kong, pesakit AIDS yang mampu meneruskan kehidupan dengan dirinya nya tidak lagi diterima oleh ahli keluarga dan masyarakat.


Tenaga Produksi At Rainbow’s End


MB juga tidak dapat menahankan air mata ketika menonton kisah ini. Mari saksikan trailer tersebut.



Sinopsis:

Tan Mie Kong adalah salah seorang pesakit HIV+. Dia datang ke PLC dengan kesakitan AIDS, TB akut dan kelumpuhan separa kekal. TBnya sangat teruk, disebabkan oleh penangguhan rawatan berkali-kali bahawa dia tidak mempunyai tempat tinggal dan oleh itu tidak dapat mengurus sendiri ubatnya.


Beberapa bulan akan datang, melalui tekadnya untuk tidak lagi meghisap dadah, dia bertahan dan mula menjadi lebih baik, walaupun kelumpuhan yang dialaminya adalah secara kekal. Ketika dia bertambah baik, ia mulai merasa penyesalan yang mendalam terhadap tindakannya yang lalu, terutama kepada keluarganya dan banyak kesalahan yang telah dilakukannya kepada mereka.


MYBUZZ menyeru kepada semua penonton untuk bersama-sama menghayatinya dan melahirkan keinsafan melihat insan seperti ini dan mereka berhak untuk diberi peluang kedua.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.