Filem Malaysia ke Hollywood

November 30, 2017

 

Don Cho, Penerbit Eksekutif Hollywood Tribute & Pengarah Ekekutif "Belt & Road Film and TV Global Union bersama Albert Foong, Pengerusi Hollywood Tribute Malaysia "Belt & Road Film and TV Global Union South East Asia bergambar kenangan ketika sidang media majlis mou minggu lalu

 

 

Minggu lalu, termeterailah perjanjian persefahaman (MOU) diantara Hollywood Tribute (USA),  Belt & Road Film and TV Global Union  (China) bersama Redboy Group (Malaysia) bagi melancarkan pembukaan rasmi Hollywood Tribute di Malaysia sebagai pusat serantau Penerbitan Filem, Acara dan Akademi di Asia Tenggara. 
 

''Kita yakin dengan usahasama ini dapat membawa filem-filem tempatan ke pentas Hollywood, Filem C144 yang hilang adalah berdasarkan kisah benar yang terjadi di Hutang Rizab Bubu, berdekatan Kuala Kangsar'' kata Albert Foon selaku Pengerusi Hollywood Tribute Malaysia "Belt & Road Film and TV Global Union South East Asia.

 

 

 dari kiri Aaron Lim, Don Cho, Albert Foong dan Prof Dato' Dr Mohamed Najib Dawa

 

Penerbit Eksekutif Hollywood Tribute & Pengarah Ekekutif "Belt & Road Film and TV Global Union, Don Cho berkata ''ingin ambil peluang berkolaborasi dengan syarikat-syarikat di  Malaysia dan bercadang memberi peluang  dan pendedahan kepada orang muda agar dapat melibatkan apa jua penerbitan dalam pembikinan filem di hollywood''

Tambah Don Cho lagi Malaysia ada peluang besar utk membangun terutamanya dalam bidang industri  perfileman tanah air serta kolaborasi dalam filem C144 ini akan dapat meneroka pasaran di peringkat antarabangsa melalui Hollywood Tribute.

 

 

Prof Dato' Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Visual Negara berkata ''sebagai Pusat Serantau di Asia Tengara ini sekaligus dapat menarik lebih ramai masyarakat Malaysia dan  juga seterusnya dapat menyumbang kreativiti dan idea dan dapat menjadikan Malaysia sebagai platform ke peringkat antarabangsa ''.

 

Ketika sidang media berkenaan, Aaron Lim, Pengasas Redboy Group dan Penerbit Filem C144 berkata '' Ini adalah filem pertama syarikat dan berhasrat membawa filem ini tembus ke peringkat antarabangsa iaitu ke Hollywood'' 

 

Ketika ditemubual oleh MYBUZZ, Aaron Lim memberitahu belau mengambil masa setahun lebih untuk membuat kajian dan penyelidikan tentang projek C144 dan pemilihan para pelakon telah dibuat semasa sesi ujibakat pada bulan julai lalu, walaupun tiada nama besar di dalam filem ini, beliau yakin dengan bakat--bakat baru boleh membawa sesuatu kelainan dan mutu lakonan yang baik untuk filem ini. Antara pelakon baharu tersebut ialah Jasmin Leddar, Dyvianna James, Ibrahim Edward, Adery chin dan Koey Har.

 

FIlem ini juga dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018 ke 20 buah negara antaranya di USA, China, Kanada, Hong Kong, Thailand, VIetnam sebelum ditayangkan di Malaysia. 

 

 Don Cho & Albert Foong bersama barisan pelakon Filem C144

 

Filem C144 merupakan filem berdasarkan kisah benar ketika perang dunia kedua, Pesawat C47B  milik USA bersama 3 orang kru telah hilang dan dipercayai telah terhempas di Hutan Rizab Bubu pada sekitar tahun 1945. Pesawat tersebut hanya dijumpai selepas 70 tahun lamanya  oleh Pihak Tentera Malaysia dan baki sisa pesawat telah dihantar pulang ke USA.

 

Filem ini juga mendapatkan sokongan dana daripada pihak FINAS. Salah sebuah lagu Vessbroz juga menjadi lagu OST filem tersebut.

 

Klik artikel terdahuluVessbroz Kolaborasi Bersama Penyanyi Malaysia

 

MYBUZZ

 

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.