BAIKI TELEFON PINTAR ANDA DENGAN APLIKASI COVER

Aplikasi memperbaiki kerosakan telefon pintar, tanpa berbelanja besar.

COVER IT Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi telefon pintar baru, COVER hari ini dalam majlis pelancaran dan prebiu media minggu lalu bertempat di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral.


COVER merupakan sebuah aplikasi inovatif berasaskan penetapan pelan untuk memperbaiki telefon pintar. Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan kemudahan untuk membaiki kerosakan tidak sengaja telefon pintar dan menawarkan penjimatan kos yang ketara.


COVER, aplikasi yang dapat membantu anda membaiki telefon pintar tanpa perbelanjaan yang tinggi dan yang lebih penting lagi ia dapat digunakan dengan cara yang sangat mudah. Ia membantu pengguna menjimatkan wang, masa dan tenaga. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi ini dan melanggan pelan pembaikpulih yang melindungi telefon pintar anda.


COVER menawarkan pelan pembaikpulih selama 6 bulan dengan harga hanya RM90. Itu serendah 50 Sen sehari untuk memberi kemudahan dan kelancaran.

Oleh kerana COVER merupakan aplikasi, semua yang anda perlukan untuk membaiki telefon pintar boleh diakses melalui aplikasi ini. Aplikasi ini menyediakan bantuan 24/7 sebaik sahaja anda melanggan. Sekiranya anda ada mengalami salah satu dari 10 jenis kerosakan yang dilindungi oleh aplikasi ini, anda hanya perlu menfailkan laporan atau mengemukakan pertanyaan melalui aplikasi COVER.


Anda kemudian akan dirujuk kepada ejen terdekat untuk memperbaiki telefon pintar yang rosak. Ejen COVER berada di lokasi sekitar Lembah Klang.

Apabila anda melanggan COVER, anda akan menikmati perlindungan untuk 10 jenis kerosakan akibat kemalangan.


  • Skrin Retak

  • Kerosakan Skrin Sentuh

  • Kerosakan Kamera