HAMPIR 10,000 PESERTA & WARGA KOTA BANJIRI LARIAN AMAL JAKEL ROHINGYA

December 12, 2017

 

Seawal Jam 6.00 pagi para peserta berkumpul di depan Wisma Jakel, Kuala Lumpur untuk acara Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 edisi pertama ini.  Acara ini telah berjaya menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta seluruh negeri dengan 7,000 penyertaan, dan 3,000 daripadanya adalah terdiri daripada orang ramai yang datang menyaksikan acara gemilang ini.

Isu keganasan dan penindasan yang dialami oleh etnik Rohingya menyebabkan golongan ini menderita kesengsaraan. Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan serangan yang dialami oleh mereka. Oleh itu Jakel terpanggil untuk membuka kesedaran masyarakat dengan mengadakan misi bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya.

Lanjutan daripada itu, Jakel mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017. Penganjuran aktiviti larian ini juga merupakan salah satu (1) program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana hasil daripada bayaran pendaftaran akan disalurkan 100% sepenuhnya kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya.

Penganjuran larian amal ini telah berjaya mengumpul nilai sumbangan berjumlah RM700,000 hasil daripada kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan peserta larian, sumbangan daripada Jakel Trading Sdn Bhd beserta daripada para penaja akan diberikan sepenuhnya dan diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh. Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed menyerahkan replika Cek berjumlah RM700,000 kepada Wakil Tabung Kemanusiaan Rohingya semasa majlis penutup tersebut


lni jelas menunjukkan bahawa Jakel bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja malah terpanggil untuk mengadakan misi kemanusiaan dengan menyediakan platform untuk orang ramai menyumbangkan sumbangan kepada etnik Rohingya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, telah melepaskan para peserta kategori 10KM pada jam 7:00 pagi di Jakel Mall terlebih dahulu sebelum melepaskan para peserta kategori 5KM pada jam 7:15 pagi.

Larian 10KM akan bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa kesemua peserta merentas laluan bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa jalan utama yang merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, lalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar,Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak sebelum berakhir di hadapan Jakel Mall KL.

Manakala peserta kategori 5KM ini akan memulakan larian di hadapan Jakel Mall KL dan melalui jalan utama di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Jalan Dang Wangi, lalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Jalan Tun Perak dan menamatkan larian di hadapan Jakel Mall KL.

Kesemua para peserta yang menyertai Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 telah menerima barangan "Race Pack” berbentuk sebuah bag dimana didalamnya dilengkapi T-shirt, Botol air, Nombor bib, baucar makanan, tuala muka (1000 penyertaan yang terawal) dan lain-lain.

Acara gemilang ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan melebihi RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah penajaan yang lain untuk dibawa pulang oleh para peserta. Pemenang bagi kategori 10KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 untuk hadiah tempat pertama, RM3,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM2,000.

Pemenang tempat keempat (4) dan kelima (5) bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 dan RM1,000. Manakala bagi pemenang tempat keenam (6) sehingga tempat kesepuluh (10) masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Manakala peserta untuk kategori 5KM bagi kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 untuk hadiah tempat pertama, RM2,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM1,000.

Pemenang tempat keempat sehingga tempat kesepuluh masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Larian amal ini juga dimeriahkan lagi dengan tawaran hadiah cabutan bertuah, dimana hadiah utamanya ialah sebuah motosikal berjenama YAMAHA Avantiz, pakej percutian 3H 2M ke Bali, 7 pasang kasut sukan berjenama Asics, dan jam tangan berjenama Ice Watch. Terdapat juga hamper barangan tajaan daripada para penaja Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017.

Larian yang telah berakhir sekitarj am 8:30 pagi telah diteruskan dengan acara pentas untuk penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para peserta larian dengan menampilkan Dee Jangan Ketawa dan Fara Fauzana selaku pengacara.

Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 disediakan oleh The Equip Management dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel telah diserikan dengan kedatangan tetamu kehormat iaitu Tan Sri Dato’ Sri lsmee bin Ismail; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.

Larian amal yang pertama dan terbesar dianjurkan oleh syarikat tekstil negara ini turut dihangat lagi dengan persembahan nyanyian daripada Ayda Jebat dan Caprice dan dimeriahkan dengan penampilan selebriti tanah air antaranya Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, pasangan Scha Alyahya & Awal Ashaari dan Hanis Zalikha & Hairul Azreen, pelakon dari filem Makrifat Cinta serta Instafamous yang lain.

 


Penganjuran larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel merupakan syarikat tekstil yang pertama di dalam negara menganjurkan aktiviti sihat disamping meraikan ulangtahun Jakel ke-10 tahun bertapak di Kuala Lumpur dalam menjalankan operasi perniagaan retail.

Lebih membanggakan, Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 dicergaskan dengan minuman isotonic 100 plus selaku penaja rasmi minuman isotonik bagi acara larian ini. Selain daripada itu, penganjuran yang pertama kali ini diadakan oleh Jakel ini turut mendapat sokongan pelbagai jenama besar antaranya daripada rakan media antaranya Kumpulan MEDIA Prima Bhd, Kumpulan Utusan dan yang lain-lain serta para bloggers.

 

 lnstitut perbankan terkemuka negara antaranya RHB Islamic Bank Bhd dan Affin Bank Bhd, Syarikat pakaian dan barangan sukan Al-lkhsan Sports Sdn Bhd, Syarikat pengeluar barangan perhiasan diri Habib Jewel Sdn Bhd, Syarikat pembangunan struktur hartanah CONLAY serta Syarikat barangan kosmetik wanita AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd dan Simplysiti. Jakel Charity run ini juga mendapat tajaan daripada Syarikat Dynamic AA Travel & Tours dengan memberikan hadiah utama untuk cabutan hadiah berupa sebuah motorsikal berjenama YAMAHA Avantiz (125cc).

Penganjuran larian amal penuh bersejarah ini juga turut diberi tajaan daripada syarikat-syarikat luar seperti KPJ Helathcare Bhd, Syarikat minuman berkhasiat seperti Yakult dan Vitality Boost Sdn Bhd. Tidak ketinggalan juga penajaan daripada LULU Hypermarket & Department Store, Agen Perlancongan daripada WSF Travel Sdn Bhd, Syarikat pengeluar makanan kesihatan Marathon Baker, serta syarikat pengiklanan daripada AdPro Solution Advertising & Marketing, juga Netqlix Sdn Bhd dan tajaan daripada butik pakaian Schawal Store serta penaja makanan daripada Soulmate Café. MYBUZZ

 

Baca artikel sebelum ini: Jakel Tawar Hadiah Lumayan Anjur Larian Amal Rohingya




 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.