IKIM & TV AL-HIJRAH IKTIRAF KARYA MUZIK NASYID DENGAN PENGANJURAN ANUGERAH NASYID 2017 (AN17)

December 13, 2017

 

 

 

Anugerah Nasyid 2017 (AN17) adalah sebuah program hasil kerjasama strategi lautan biru (blue ocean strategy NBOS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah).

 

Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan, secara amnya.

 

Sesuai dengan gagasan IKIM, Memahami Islam demi Membina juga merupakan satu alternatif kepada kaedah dakwah untuk melahirkan insan yang lebih lembut jiwa dan bertambah baik akhlaknya. 

 

AN17 juga bermula dari segmen Carta Nasyid fm yang bersiaran setiap sabtu jam 10 pagi kendalian dan terbitan Mohd Erwan Johari, bermula Mac 2015 sehingga Mei 2017 menerusi undian pendengar setiap minggu. lagu yang telah berjaya memasuki carta pada setiap minggu akan mengikut pemarkahan yang ditetapkan oleh IKIM.

 

Sebagai kemuncak kepada setiap musim rancangan carta tersebut, IKIM dengan kerjasama TVAH telah mengadakan konsert separuh akhir Anugerah Nasyid Studio, pada 11,18 November 2017 yang lalu bertempat di AlHijrah Big (ABS) Cyberjaya. 

 

Seterusnya bagi menentukan Juara Anugerah Nasyid 2017, Anugerah Nasyid Peringkat Akhir (AN17) bakal akan diadakan pada 13 Januari 2018 di Stadium Malawati (Shah Alam). Disamping Anugerah Nasyid 2017, satu program sampingan  akan turut berlangsung pada masa yang sama iaitu Karnival Mahabbah IKIM 2018. Untuk pendaftaran kehadiran, orang ramai diminta mendaftarkan diri di www.ikimfm.my/an17 serta untuk maklumat lanjut.

 

 Barisan finalis penerima AN17 yang telah disenarai pendek

 

 

Sebanyak 30 lagu dipertandingkan pada peringkat separuh akhir dan hanya 10 lagu berjaya ke peringkat akhir, iaitu: 

 

  • Salam - Lah Ahmad

  • Penyelamat - Hafiz Hamidun

  • Syahadah - Fadzli Fareast

  • Jalan Syahadah - Daqmie

  • Kalah Dalam Menang - Mawi Feat. Syamsul Yusof

  • Jangan Bimbang - Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain & Dani Loka 

  • Ana Muslim - Simfoni

  • Syamail Muhammadiah - UNIC

  • Jom Selawat - Heliza Helmi & Hazwani Helmi

  • Dalam Aku - Rabbani Feat Black

 

Penilaian yang jitu lagi berkesan daripada Panel Juri Profesional yang dilantik di kalangan para penggiat industri muzik tempatan pasti akan menjadikan Majlis AN2017 nanti sebuah majlis anugerah yang berprestij serta unggul di arena hiburan Islam tempatan dan antarabangsa. Karya karya  yang dipertandingkan bakal diiktiraf melalui 8 kategori anugerah  berdasarkan penjurian dan 3 anugerah lagi adalah berdasarkan pilihan pendengar dan penonton.

 

Senarai kategori anugerah berdasarkan penjurian:

 

  • Juara Anugerah Nasyid 2017

  • Naib Juara Anugerah Nasyid 2017

  • Ketiga Anugerah Nasyid 2017

  • Anugerah Lirik Terbaik

  • Anugerah Vokal Terbaik 

  • Anugerah Persembahan Terbaik 

  • Anugerah Artis Baru Terbaik 

  • Anugerah Muzik Video Terbaik 

 

Senarai kategori anugerah pilihan pendengar/penonton: 

 

  • Anugerah Lagu Pilihan 

  • Anugerah Artis Solo Pilihan 

  • Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan 

 

Bersempena penganjuran AN 17, turut diadakan Karnival Mahabbah IKIM 2018 selama 3 hari, bermula 12 hingga 14 Januari 2018. Program-program menarik akan diadakan sepanjang karnival berlansung seperti Ekspo Pameran & Jualan Produk, Dari Konti ke Pentas, pertandingan mewarna dan lain-lain aktiviti yang terbuka kepada orang ramai. Karnival akan turut dimeriahkan dengan penampilan maskot Didi & Friends. Hampir 200 buah booth rakan-rakan usahawan, korporat dan lain-lain akan turut menjayakan program ini di perkarangan Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam. | MYBUZZ! 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.