IKIM & TV AL-HIJRAH IKTIRAF KARYA MUZIK NASYID DENGAN PENGANJURAN ANUGERAH NASYID 2017 (AN17)

Anugerah Nasyid 2017 (AN17) adalah sebuah program hasil kerjasama strategi lautan biru (blue ocean strategy NBOS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah).


Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan, secara amnya.


Sesuai dengan gagasan IKIM, Memahami Islam demi Membina juga merupakan satu alternatif kepada kaedah dakwah untuk melahirkan insan yang lebih lembut jiwa dan bertambah baik akhlaknya.


AN17 juga bermula dari segmen Carta Nasyid fm yang bersiaran setiap sabtu jam 10 pagi kendalian dan terbitan Mohd Erwan Johari, bermula Mac 2015 sehingga Mei 2017 menerusi undian pendengar setiap minggu. lagu yang telah berjaya memasuki carta pada setiap minggu akan mengikut pemarkahan yang ditetapkan oleh IKIM.


Sebagai kemuncak kepada setiap musim rancangan carta tersebut, IKIM dengan kerjasama TVAH telah mengadakan konsert separuh akhir Anugerah Nasyid Studio, pada 11,18 November 2017 yang lalu bertempat di AlHijrah Big (ABS) Cyberjaya.


Seterusnya bagi menentukan Juara Anugerah Nasyid 2017, Anugerah Nasyid Peringkat Akhir (AN17) bakal akan diadakan pada 13 Januari 2018 di Stadium Malawati (Shah Alam). Disamping Anugerah Nasyid 2017, satu program sampingan akan turut berlangsung pada masa yang sama iaitu Karnival Mahabbah IKIM 2018. Untuk pendaftaran kehadiran, orang ramai diminta mendaftarkan diri di www.ikimfm.my/an17 serta untuk maklumat lanjut.


Barisan finalis penerima AN17 yang telah disenarai pendek


Sebanyak 30 lagu dipertandingkan pada peringkat separuh akhir dan hanya 10 lagu berjaya ke peringkat akhir, iaitu:


  • Salam - Lah Ahmad

  • Penyelamat - Hafiz Hamidun

  • Syahadah - Fadzli Fareast

  • Jalan Syahadah - Daqmie