12 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG JUALAN MURAH 12.12 SEMPENA ULANGTAHUN SHOPEE

December 15, 2017

 

Jualan Murah Ulangtahun Shopee Catat Prestasi Cemerlang Dengan Lebih 2.5 Juta Bilangan Pesanan Dalam Tempoh 24 Jam

 

Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah mencatat lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam pada 12 Disember, lonjakan 5 kali ganda berbanding prestasi tahun lepas. Di Malaysia, lebih 500,000 produk terjual apabila pengguna berebut pelbagai promosi hebat ke atas 6 juta produk, sebagai sebahagian daripada Jualan Murah Ulangtahun Shopee.

“Jualan Murah 12.12, jualan kilat Shocking Sale dan Kemuncak Berganda Shopee Mall yang diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun Shopee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Kami teruja dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR. DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulangtahun kali ini. Jenama tersebut merupakan antara jenama yang telah memilih Shopee sebagai rakan eDagang pertama mereka dan kebanyakannya telah mencatatkan peningkatan tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa. Kami berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen dan promosi akan datang,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


 

 

12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia
 

  • Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas.

 

  • Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas

 

  • Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons

 

  • Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam

 

  • Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000

 

  • Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa.

 

  • Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit

 

  • Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual

 

  • Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee

 

  • Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20

 

  • Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km - dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor

 

  • Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit


Promosi & Kempen Akan Datang

Walaupun jualan murah 12.12 telah berakhir, pengguna masih berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 sebagai sebahagian daripada hadiah sempena Ulangtahun Shopee yang akan diteruskan sehingga 31 Disember 2017. Untuk melayakkan diri, pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan membuat pembayaran secara perbankan dalam talian FPX.

Bagi membuat persediaan tahun baru persekolahan tidak lama lagi, Shopee akan melancarkan kempen Kembali ke Sekolah dari 18 hingga 24 Disember 2017, membariskan promosi daripada pelbagai jenis barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30. Kedai Rasmi seperti Pilot, Stabilo, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kedai Buku Borders turut menyertai kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucar untuk pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. |MYBUZZ!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.