Keseronokan Cuti Sekolah Bersama Seisi Keluarga di Sunway Lagoon

December 21, 2017

 

Keseronokan pasti dirasai seisi keluarga di Sunway Lagoon!  Menyajikan pelbagai tarikan menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga menjadikan ia taman tema yang sempurna untuk bersama keluarga tersayang.

 

Terokai Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia - Nickelodeon Lost Lagoon  untuk pengalaman lain daripada yang lain. Watak-watak Nickelodeon kegemaran anda seperti SpongeBob SquarePants, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles menanti anda disana.

 

Nikmati pengalaman tepi pantai di Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia yang menghasilkan ombak setinggi 8 meter. Berkeluasan lebih dari 13,000 meter persegi ia akan menghasilkan ombak sempurna yang akan mengujakan seisi keluarga.

 

Keseronokan pasti dirasai seisi keluarga di Sunway Lagoon

 

Kunjungi Wildlife Park Sunway Lagoon, tarikan yang sepenuhnya bertemakan haiwan dan berinteraktif pertama di Malaysia. Merupakan rumah kepada lebih daripada 150 spesis haiwan dari seluruh dunia, menempatkan Samson dan Asha, dua ekor Harimau Putih yang megah. Keindahan taman hidupan liar ini diserikan lagi dengan kehadiran istimewa keluarga kucing besar Sunway Lagoon - Zola dan Zuri, dua ekor Singa Putih dan Harimau Kumbang.

 

Amusement Park World of Adventure turut menyajikan Captain Kids' Playland & Candyland kepada kanak-kanak. Bertemakan kemeriahan warna-warni ia menjadi ruang bergembira dan berimaginasi kepada kanak-kanak. Rasai putaran Apache Pots yang mengujakan atau terokai Grand Canyon River Rapids yang menjanjikan yang pengalaman menakjubkan untuk si keluarga.

 

 Keluarga para blogger dan pengamal sosial media bergembira di Sunway Lagoon baru baru ini.

 

Nikmati pakej cuti sekolah akhir tahun seperti FamFun untuk 2 orang dewasa dan kanak-kanak hanya RM390* atau 4-To-Go untuk 4 orang dewasa hanya RM456* atau Beli Percuma 3 (Beli 3 dewasa, Percuma 3 dewasa) pada harga RM510*. Layari sunwaylagoon.com atau hubungi kami di +603 5639 0000 untuk maklumat lanjut. |MYBUZZ! 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.