JOM SAMBUT AMBANG 2018 DI MENARA KL!

December 29, 2017

 

Sambutan ambang tahun baru di KL Tower kembali lagi! Pelbagai aktiviti menarik sudah dirancang oleh pihak KL Tower sepanjang acara sambutan ambang tahun baru 2018 di Menara Kuala Lumpur ini yang pastinya akan menghiburkan anda semua.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik khas untuk pemegang MyKad dan MyKid bagi Pakej Pelantar Pemandangan, ianya hanya RM78.00 untuk dewasa dan RM58.00 untuk kanak-kanak. Pakej ini termasuk tiket ke Pelantar Pemandangan, cenderahati percuma dan pek parti.

Manakala, tawaran istimewa untuk pemegang MyKad dan MyKid bagi Pakej Sky Deck pula hanya RM118.00 untuk dewasa dan RM78.00 untuk kanak-kanak. Pakej ini termasuk tiket ke Sky Deck, minuman dan makanan ringan, cenderahati percuma dan pek parti.

 

“Ini adalah peluang keemasan untuk semua bagi bersama-sama meraikan sambutan tahun baru 2018 di Menara Kuala Lumpur”, kata Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Di samping dapat menyaksikan keindahan percikan warna-warni bunga api dari ketinggian 300 meter, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pakej yang kami tawarkan selain dihiburkan dengan persembahan akustik dari The Sky, KL Tower”, tambah beliau lagi.

Bawalah keluarga dan orang tersayang anda ke Sambutan Tahun Baru 2018 di Menara Kuala Lumpur! Dengan pemandangan 360 darjah dan berlatarkan langit malam, anda pasti akan terhibur melihat lebih daripada satu pertunjukan warna-warni bunga api! |MYBUZZ!

Layari laman web kami di www.menarakl.com.my untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti atau hubungi pusat perkhidmatan pelangan Menara Kuala Lumpur di talian 03-20205444 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.