Qashmeera Hijab Kini Trending Jadi Pilihan Hijabista Muslimah



Sebut sahaja Hijabista pastinya ramai akan mengaitkan golongan ini dengan kaum muslimah yang bertudung tapi masih boleh bergaya dengan tataan fesyen fesyen terkini. Hari demi hari bermacam macam jenama yang keluar dipasaran dengan kelainan rekaan dan material demi untuk memenuhi keperluan berfesyen golongan hijabi muslimah ini.


Tidak ketinggalan merebut peluang demi 'sepotong belahan kek ' dalam segmen fesyen ini, Che Li atau nama sebenarnya Rosli Hamzah memberanikan diri membangunkan jenama koleksi tudung Qashmeera sejak 2016. Lari dari kebiasaan rekaan yang terdapat dalam pasaran, Che Li memilih 'printed fabric' dan lace sebagai rekaan signatur jenama Qashmeera. Percaturannya menjadi apabila koleksi keluarannya pada tahun itu menerima permintaan yang sangat banyak hingga mampu menjana keuntungan luar jangka! Kaaa Ching!


Untuk jenis fabriknya pula Che Li (foto) lebih gemar memilih fabrik chiffon untuk dijadikan sebagai hijab setelah mengambil kira faktor-faktor penting seperti permintaan pasaran ,rekaan dan tidak terlepas faktor cuaca negara kita yang panas sepanjang tahun. Tambah Che Li fabrik Chiffon sejuk serta mudah digayakan mengikut gaya tudung terkini.


Bila diajukan soalan mengapa "printed fabrik" menjadi pilihan jawabnya mahu cari kelainan. "Dipasaran sekarang belum ada banyak hijab yang dikeluarkan dengan menggunakan fabrik cetakan. Boleh dikatakan dipasaran sekarang penuh dengan lambakan rekaan hijab dengan menggunakan fabrik polos. Tambahan hijabi muslimah kini lebih berani dalam berfesyen. Walaupun begitu Che Li tetap ada mengeluarkan koleksi Qashmeera yang menggunakan fabrik polos demi memberi pilihan kepada pelanggannya." ujarnya lagi.



QASHMEERA BRIDAL X AMIR KADIR

Bagi perancangan 2018, jenama Qashmeera akan melalui penjenamaan semula. Menurut Che Li sayap perniagaannya akan dikembangkan lagi dengan kelahiran Qashmeera Bridal by Amir Kadir, koloborasi butik pengantin Qashmeera bersama pereka tersohor Amir Kadir. Tidak perlu diperkenalkan lagi, Amir Kadir merupakan seorang pereka busana antarabangsa. Busana rekaannya sudah pernah 'melekat' dibadan ramai selebriti Hollywood, fasionista serta golongan elit seantero dunia.


Che Li dan Amir Kadir sewaktu majlis menandatangani MOU usahasama Qashmeera Bridal by Amir Kadir


Koloborasi Che Li dan Amir Kadir dizahirkan pada 28 Disember 2017 dengan majlis menandatangani MOU serta pelancaran koleksi terbaharu tudung Qashmeera, 'Meera Butterfly Premium'. Menurut Che Li perkenalannya dengan Amir Kadir sangat singkat. Ianya berlaku selepas Che Li membaca satu artikel berkaitan Amir Kadir di dalam akhbar KOSMO! Lalu beliau menghubungi Amir Kadir dan menyuarakan ideanya yang lantas disambut baik oleh Amir Kadir .


Amir Kadir ketika diajukan soalan mengapa beliau sudi untuk berkoloborasi dengan Che Li memberitahu MB, beliau pada asasnya suka membantu rakan seangkatan tambahan pula Butik Qashmeera adalah milik bumiputera. "Secara asasnya jenama Qashmeera sudah kukuh, cuma hala tujunya sahaja yang perlu diperkemas. Dengan koloborasi ini, saya akan bantu Che Li untuk memperkemaskan lagi perniagaan ini." terang Amir Kadir.


Qashmeera Bridal by Amir Kadir dijangka memulakan operasi pada Mac/April 2018 dengan memfokuskan kepada busana pengantin berkonsepkan 'ready-to-wear', rekaan tersendiri oleh Amir Kadir dan mampu milik. Busana pengantin dibawah jenama ini nanti boleh dibeli dari harga serendah RM499 sepersalinan lengkap. Qashmeera Bridal by Amir Kadir juga telah merangka 'road map' perniagaan mereka bukan hanya di Malaysia bahkan sedang mengintai peluang untuk membuka cawangan di Singapura dan Brunei.





MEERA BUTTERFLY PREMIUM

Ayu OIAM, Aleza Shadan dan Lisdawati antara barisan selebriti yang hadir dan sempat menggayakan 3 dari 14 pilihan warna koleksi 'Meera Butterfly Premium'