Ampang Park Tinggal Kenangan

January 1, 2018

'Saya dulu bersama arwah suami saya memang selalu berkunjung ke Ampang Park sejak 30 tahun lalu...' luahan daripada seorang wanita berusia emas yang juga pengunjung setia pusat beli belah  Ampark Park yang kini telah ditutup sepenuhnya mulai 1 Januari 2018.

 

 

Menelusuri sejarah 44 tahun usianya dimana Pusat Beli Belah ini kepunyaan Low Brothers yang merupakan gedung fesyen melayu pada awalnya yang sinonim dengan tagline  No Raya  Is Complete without Ampark Park yang menawarkan pelbagai platform fesyen terutamanya rekaan busana melayu seperti Baju Kurung, Baju Melayu, baju kebaya dan juga pelbagai jenis fesyen kasut serta beg tangan yang pasti menggamit pengunjung tidak kira muda mahupun golongan berusia berkunjung.

 

 

 

Seiring dengan peredaran zaman, Ampang Park yang dibina sejak tahun 1973 telah mempelbagaikan koleksi kedai di dalam gedung seperti gajet, kedai foto, kedai barangan kemas, jahitan, pusat karaoke, barangan IT dan tidak lupa juga  daripada barangan runcit hinggalah ke perkhidmatan bank, pos, pertukaran wang dan juga restoran makanan segera yang akan membuat anda terasa complete bila membeli belah disini.

 

Pusat beli belah ini telah mendapat perhatian antarabangsa dimana rancangan The Amazing Race musim ketiga yang telah membawa peserta-peserta khusus berkunjung ke kedai foto Ampang Park bagi mencuci gambar Menara Berkembar Petronas.

 

Berada di kawasan segi tiga emas (Golden Triangle) iaitu di Jalan Ampang dan juga berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas, KLCC dan hotel mewah serta bangunan pejabat kelas A membuat lokasi pusat membelah belah ini sangatlah strategik dan menjadi tumpuan warga kota dan para pelancong.

 

Penutupan sepenuhnya Ampang Park bagi memberi laluan pembangunan baharu sebagai tapak projek pembangunan stesen Transit Aliran Massa (MRT).|MYBUZZ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.