"It Seals, It Heals", Jaminan Nora Danish Untuk OhMostWanted™

January 3, 2018

 

Menutup tirai 2017 , Nora Danish secara rasmi telah melancarkan produk kosmesiutikal keluaran syarikat usahasama beliau dan suami, Nedim bersama dengan 4 lagi rakan perniagaan di bawah jenama OhMostWanted. Majlis pra pelancaran berkenaan telah diadakan  di outlet Parkson's  Play Up Advance, Fahrenheit Kuala Lumpur pada 30.12.2017

Produk OhMostWanted™,  lahir daripada minat Nora yang mendalam dalam bidang kecantikan dan penjagaan wajah sejak dari kecil lagi. OhMOstWanted juga terinspirasi hasil daripada pengalaman Nora melancong ke luar negara dan aspirasi Nora terhadap perkara-perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis.

Untuk makluman semua, produk ini telah berada dipasaran sejak 2016 dan pada tahun 2018 ini, jenama OhMostWanted™ sebenarnya bakal memasuki tahun ke 3 dipasarkan. "Tahun 2018 merupakan tahun yang amat sesuai untuk fasa 'commercialization' selepas 2 tahun team OhMostWanted bertungkus-lumus melakukan kajian pasaran, market validation dan R&D". ujar Nora.

Selama 2 tahun sebelum ini, Nora banyak terlibat secara langsung di belakang tabir kerana masih terikat dengan beberapa kontrak sebagai duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan. Keunikkan produk keluaran OhMostWanted’ terletak kepada kandungan yang diformulasikan oleh 2 orang rakan perniagaan Nora iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang merupakan doktor aesthetic (kecantikan) dari Klinik Hana.

 

 Produk kosmesiutikal OhMostWanted™ bukan hanya mencantikkan tetapi turut merawati kulit

 

Pada majlis pra pelancaran yang berlangsung di Play Up Advance, Farenheit88 Kuala Lumpur, 'OMW' memperkenalkan 4 produk seperti Magic Magic Foundation with SPF 50, Pout-fect Lip Cream, Magic Blender dan Magic Wand yang diformulasikan untuk kegunaan harian.

"Hasil maklumbalas yang diperolehi selama ini, rata-rata pengguna berpuas hati dengan kualiti produk seperti Magic Foundation kerana ia amat ringan, mudah ditanggalkan, mesra wudhu, dan mampu menyelesaikan masalah kulit mereka.

 

"Ia bukan sahaja mampu mencantikkan tetapi sekali gus ia merawat kulit,"tambah Nora. Atas hakikat itu 'OMW' menggunakan tag line berbunyi "It Seals, It Heals". 

 

Seawal bulan Januari 2018, kami akan mengeluarkan beberapa produk lagi untuk siri Pro-Face-sional iaitu untuk penggunaan yang lebih ’berat’seperti menghadiri majlis~majlis tertentu". 

OhMostWanted™ Girls selepas ini akan sentiasa bersedia gambar mereka diambil oleh 'paparazi’ ketika majlis ber angsungl", tambah Nora lagi.

Untuk pengetahuan semua, produk-produk OhMostWanted™ boleh didapati di semua cawangan Play Up Advance, Klinik-kiinik kecantikan dan farmasi terpiiih, kedai-kedai online seperti MySmink, BeautyBrowse dan PinkboxCereal yang merupakan rakan-rakan pengedar kami di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei atau di laman web rasmi kami www.ohmostwanted.com.

 

Pada sidang media itu juga, Nora memaklumkan yang beliau kini menawarkan peluang menjadi rakan perniagaan (reseller) bagi mengedarkan produk-produk OhMostWanted™ dengan modal yang rendah dan margin keuntungan yang tinggi sebagai pendapatan tambahan terutama kepada pelajar-pelajar universiti, suri rumah atau kepada sesiapa sahaja yang ingin turut serta menjadi sebahagian daripada keluarga OMW .                                   
 

"Kami sedang berusaha untuk meluaskan saluran pengedaran agar memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk ini. Pada tahun 2018 juga, Nora sedang mengintai peluang eksport ke Indonesia,Thailand,Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana", jelas Nora lagi.

Nora juga turut berterima kasih kepada pihak Play Up Advance kerana memberikan kepercayaan dan ruang kepada OhMostWanted™. Khabarnya OMW tersenarai antara 8 produk terbaik daripada 10,000 produk antarabangsa lain yang dijual melalui Play Up Advance.

 

"Ia lambang pengiktirafan dan sokongan kepada team OhMostWanted‘“ yang telah lama bekerja keras untuk memastikan jenama ini setanding dengan lenama antarabangsa yang lain". akhiri Nora. 

 

Besar harapan Nora untuk meiihat jenama ini dikenali di seluruh Malaysia sebagai sebuah jenama kosmeuseutikal yang dipercayai. |MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.