SonRei Yakin Tambat Hati Pengguna Lip Matte


Enam warna idaman untuk dipilih


Selepas mencipta kejayaan dalam dunia katering, ahli perniagaan terkenal Zarinah Haji Mohideen menubuhkan syarikat Zinia Cosmetic Sdn. Bhd. pada tahun 2017. Beliau dibantu oleh Siti Hasmah, 34 dan Nor Asimah Abdul Salam, 25 dalam mengendalikan syarikat tersebut. Walaupun masih hijau dalam bidang kecantikan dan kosmetik namun ketiga-tiga wanita anggun ini yakin produk sulung mereka SonRei lip cream menambat hati pengguna tempatan dan luar negara. Menurut Zarinah, pihak syarikat melakukan R & D selama enam bulan untuk menghasilkan formulasi produk SonRei.

SonRei adalah produk tempatan yang berkualiti antarabangsa, ia diformulakan di Perancis. Produk ini dihasilkan daripada bahan alami yang selamat digunakan serta tidak mempunyai kesan sampingan. SonRei mengandungi Vitamin E, minyak jojoba, minyak castor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kepala.


Kombinasi bahan-bahan Sonrei Lip Matte yang baik untuk kesihatan bibir

“Kombinasi bahan ini menghasilkan produk terbaik untuk penjagaan bibir. Lip cream SonRei tahan lama dan mesra wuduk. la mempunyai kemasan matte tetapi mudah dibersihkan oleh pengguna. Selain membuatkan solekan bibir menawan dan sempurna, SonRei juga menjaga Kelembutan bibir“ ujar Zarinah yang juga merupakan Pengasas Zinia Cosmetic Sdn. Bhd. dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Zarlith Events & Management Sdn. Bhd. Bertemakan floral, lip cream SonRei mempunyai enam pilihan wama yang sesuai digunakan oleh semua ton kulit wanita Malaysia. Walaupun ia berkualiti antarabangsa namun produk ini dijual pada harga berpatutan agar semua lapisan masyarakat mampu memiliki dan merasai pengalaman indah apabila bibir dirias indah dengan lip cream SonRei. Harga asal RM55 namun kini pihak syarikat membuat promosi dengan harga pengenalan RM45. Harga ini tidak termasuk kos penghantaran.

Tiga (3) gambar di tengah: dari kiri Siti Hasmah, Zarinah & Nor Asimah

Serius dalam perniagaan yang baru diceburi, Zarinah melaburkan modal keseluruhan RM1 juta. Beliau yakin dalam bidang kosmetik mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun begitu, Zarinah tidak nafikan berdepan dengan cabaran menghasilkan formulasi SonRei. “Pihak syarikat melakukan kajian terperinci mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk kosmetik. Kami juga mengkaji konsep pemasaran dan pengendalian kualiti produk. Kami amat cerewet kerana mahu memberikan produk terbaik kepada masyarakat,'' ujarnya lagi yang merancang mahu mengukuhkan pasaran tempatan dan dalam masa yang sama menembusi pasaran luar negara.


Beliau ditemui ketika sesi pelancaran rasmi SonRei Kosmetik di Ibu Negara hari ini.





Sebarang info lanjut bolehla layari FB SonRei dan IG SonRei. |MYBUZZ|




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.