FILEM BUSKER KEMBALI PAPAR KISAH CINTA REMAJA

January 10, 2018

 

 

 
Bahasa : Bahasa Melayu 
Genre: Cinta Remaja

Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
Klasifikasi: U

Durasi: 1  Jam 50 Minit
Edaran: Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia & Mas Khan
Pengarah: Syed Khairul Fariz

 

 Foto dari kiri Mas Khan, Lia Natalia, Daiyan Trisha, Bulan, Hafeez Mikail & Anas Ridzuan

 

Cinta, Sahabat dan Muzik antara tunjang utama filem BUSKER arahan Syed Khairul Fariz. Astro Shaw antara pengeluar filem terbesar di Malaysia sekali Iagi bakai menjadi pencetus fenomena blockbuster apabila membuka gelanggang 2018 dengan menampilkan pelakon muda seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia & Mas Khan. Disokong dengan penampilan khas penggiat industri seni seperti Aziz M.Osman, Monoloque, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Jihan Muse,Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimet dan ramai lagi.

 

 

 

SINOPSIS RINGKAS

 

Filem BUSKER mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam mengejar impian, mereka juga berdepan dengan konflik antara persahabatan dan percintaan. Dalam pada itu. Adil mula berkawan dengan Vera dan mendapat semangat baru dalam menggapai impiannya untuk berkarya dengan muzik. MB juga berkesempatan hadir ke malam gala tayangan tersebut.

 

 

LATAR BELAKANG FILEM


Idea menerbitkan filem BUSKER tercetus sekitar awal tahun 2000 apabila Penerbit Syahrul lmran mengutarakan pendapat dan menjangkakan filem genre pencintaan remaja kembali popular kerana ia amat jarang dipertontonkan di layar perak. Meletakkan muzik sebagai latarbelakang bersesuaian dengan kumpulan sasar penonton filem iaitu remaja berawal 18-25 tahun. Filem Busker akan ditayangkan dilebih 70 pawagam di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura pada 11 Januari 2018.


Olahan dan cara penyampaian filem BUSKER lebih menyerupai filem Once, 10 things i Hate About You, Empire Records, Sing Street dan Ada Apa Dengan Cinta. Najwa Abu Bakar, Ketua Astro Shaw Sdn Bhd antara insan yang paling teruja. Beliau menganggap kelebihan filem Busker terletak kepada muzik yang disajikan dan juga tema remaja itu sendiri. "Filem BUSKER mempunyai keunikan tersendiri di mana jalan cerita yang dihidangkan adalah kelompok Busker yang jarang dipertontonkan di layar perak".

Menurutnya lagi, apa yang lebih menarik tentang filem BUSKER ini adalah menampilkan 21 lagu baru dan lama. Kesemua lagu-lagu ini dipilih atas relevan pada masa sekarang dan genre yang selalu dimainkan oleh pemuzik jalanan (busker) itu sendiri. Lagu tema utama filem ini adalah Atma Jiwa dinyanyikan oleh Simfoni Dalam Poket (terdiri daripada Hafeez Mikael, Bulan dan Anas Ridzuan) serta lirik dan muzik oleh Monoloque. Tajuk bagi lagu baru yang lain adalah seperti Mogok Tenteram, Semak, Selamat Tinggal Kekasih Lama, Jelingannya, Malas Nak Layan, Kupu-Kupu Malam, Doa Untuk Kekasih, Teka Teki Teka Tekok, Ingat, Konfessi, lmpianku, lndah, Cendera, You Are The One, Johor Darul Takzim dan Bosan. Sementara itu lagu yang disusun semula adalah Doa Untuk Kekasih, Slumber, Alamak dan Ali Malas. 

15 buah lagu baru di dalam filem akan dimuatkan ke dalam album dan ia boleh didapati secara digital di Spotify, Joox, Yonder dan irunes dan akan dipasarkan oleh Warner Music (M) Berhad.

Berkongsi pengalaman menarik sepanjang penggambaran filem BUSKER, pengarahnya Syed Khairul Fariz memberitahu ”Pertama sebab saya memang minat muzik. Pada saya, muzik adalah salah satu medium yang terbaik untuk meluahkan emosi serta riak tubuh apabila saya berimaginasi atau berkarya. Apabiia saya diberi tawaran untuk mengarah filem Busker oleh Syahrul Imran pada hujung tahun 2015, saya terus tertarik”. Tambahannya lagi, filem BUSKER ada dua elemen yang paling disukai iaitu Filem dan Muzik.


"Semasa sesi penggambaran pula, antara cabaran besar yang dihadapi ialah busking scene di tempat yang sibuk dan ramai orang. Jadi ada lokasi yang terpaksa ditutup jalan untuk nampak lebih real dan natural Alhamdulillah, terima kasih orang-orang di Johor Bharu yang sangat memahami dan memberikan sokongan penuh"

Melihat pada lokasi yang dipilih ternyata mampu memberikan satu pandangan segar yang berlainan. 100% penggambaran telah dijalankan di negeri Johor dengan sokongan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru, Muafakat Johor, lRDA (lskandar Regional Development Authority, lskandar Waterfront dan Edu City lskandar Malaysia).

Filem BUSKER telah menjalani penggambaran selama 25 hari manakala pasca produksi mengambil masa 7 bulan termasuk (offline, online, rakaman lagu dan skor, rekaan bunyi, vfx, colour grading dan final mix) Proses pre produksi bermula dari April 2016 sehingga November 2016. Dari proses mencari pelakon, latihan lakonan, tinjauan lokasi, latihan muzik, pembikinan lagu sehinggalah ke rekaan busana.

Bercerita rancak tentang dua pelakon utama ini, sewaktu pra produksi, banyak latihan lakonan dijalankan di bawah tunjuk ajar guru lakonan Sobri Anuar. Hafeez Mikail perlu menjalani latihan bermain gitar dan vokal. Menurut pengarah drama Keluarga lskandar ini ”Untuk watak Adil kami memerlukan seorang yang bukan sahaja boleh berlakon tapi juga boleh menyanyi. Hafeez Mikail menepati keperluan watak itu. Daiyan Trisya menepati ciri watak Vera yang diperlukan. Cantik, sangat natural dalam lakonan dan chemistry yang ada bersama Hafeez bila disatukan persis sebagai pasangan kekasih yang sebenar". Tambahnya lagi bagi watak Bulan dan Ucop, mereka perlu boleh bermain alat muzik, Anas dan Bulan memang ahli pemuzik yang berbakat di samping mereka juga mengikuti ujibakat lakonan dan filem ini juga merupakan lakonan pertama Bulan.

Pengarah dan Pengarah Muzik Loque cuba mendapatkan rekaan bunyi dan muzik yang sebaik mungkin memandangkan ini adalah filem muzik sehingga keseluruhan produksi berpuashati dengan kerja yang dihasilkan. Untuk lagu baru, pihak produksi telah berbincang tentang hala tuju dan mood sesebuah lagu bersama Pengarah dan Loque. |MYBUZZ|



 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.