AYAT AYAT CINTA2 KESINAMBUNGAN KISAH DILEMA POLIGAMI DAN KETULUSAN CINTA FAHRI, AISHA

January 9, 2018

 

Pawagam Golden Screen Cinemas di Pavilion gamat malam semalam apablla dibanjiri lebih 500 tetamu jemputan Antenna Entertainments yang hadir sebagai penonton terawal filem pecah panggung terbitan MD Pictures berjudul AYAT-AYAT ClNTA 2.

 

Tayangan Perdana yang berlangsung meriah itu telah dihadiri oleh barisan media cetak dan elektronik, artis-artls ternama tanahair, ahli-ahli kenamaan negara serta tetamu diRaja iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abd. Rahman.

Filem AYAT-AYAT CINTA 2 merupakan filem sekuel yang diterbitkan setelah 10 tahun filem Ayat-Ayat Cinta dihasilkan. Filem yang diadaptasi daripada novel sensasi karya Habiburrahman El Shirazy, mengekalkan hero asal filem ini iaitu Fedi Nuril. Filem cinta penuh tragis ini juga dibintangi pelakon Indonesia seperti Tatjana Saphira, Chelsea Islan dan Dewi Sandra telah diserikan juga dengan penampilan khas bintang filem tempatan, Nur Fazura dan Bront Palarae.

 

 Filem Ayat-Ayat Cinta 2 bakal menemui penonton dipawagam pada 11 Januari 2018


Filem AYAT-AYAT CINTA 2 merupakan filem arahan Guntur Soehardjanto yang sebelum ini telah merangkul pelbagai anugerah di Festival Filem Indonesia 2005 bagi filem arahannya. Di Indonesia, filem AYAT-AYAT CINTA 2 telahpun ditonton Iebih dua (2) juta penonton sejak ditayangkan pada 21 Disember 2017 yang Ialu.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah kisah cinta agung AYAT-AYAT CINTA 2 yang bakal menemui peminat-peminat filem Indonesia di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 11 Januari 2018. Untuk maklumat Ianjut mengenai Ayat-Ayat Cinta 2, ikuti akaun |nstagram @filmaac2 atau akaun Facebook dan Instagram @antennaentertainments. 

 

Bahasa: Indonesia
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
Genre: Romantik
Durasi: 2 Jam 8 Minit
Edaran: Antenna Entertainments
Pelakon: Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura
Pengarah: Guntur Soeharjanto
Format: 2D

 

SINOPSIS

 

AYAT-AYAT ClNTA 2 mengisahkan Fahri Abdullah (Fedi Nuril) yang Hidup keseorangan di Edinburgh, bersama pembantunya Hulusi (Pandji Pragiwaksono). Fahri telah kehilangan isterinya Aisha yang menjadi sukarelawan di Gaza. Semenjak ketiadaan isterinya, Fahri hidup dalam kesedihan dan sering melakukan kesiiapan yang membahayakan dirinya. Kehidupannya menjadi semakin rumit dengan kehadiran saudara Aisha, Hulya yang menyimpan perasaan terhadap Fahri. Mampukah Fahri teguh pada cintanya yang agung kepada Aisha atau membuka hatinya untuk menerima cinta agung yang baru? 


MENGENAI ANTENNA ENTERTAINMENTS SDN. BHD

Antenna Entertainments adalah sebuah syarikat terkemuka dengan reputasi dan komitmen selama lebih sedekad sebagai syarikat pengedar filem bebas untuk pasaran filem antarabangsa seperti filem Hindi, Tamil dan Indonesia ke TV Kabel, TV Satelit, dan pawagam.


 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.