WMGS KUMPUL PEMILIK MOTOR KUASA BESAR BUMIPUTRA

January 14, 2018

 

 

 Wings Motor Gang Society (WMGS) buat julung kalinya telah mengadakan majlis pelancaran yang telah dirasmikan oleh Encik Fazly Faizal Bin Mohamed Razally, Ahli Majlis Daerah Kuala Langat. Majlis telah diadakan di Tadom Hill Resort, Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor Darul Ehsan pada 13 Januari 2018.

WMGS merupakan sebuah kelab motor berkuasa besar yang dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli Bumiputera yang mendokong tiga perkara utama iaitu “Silaturrahim, Ekonomi dan Kebajikan”. Penubuhan WMGS bermotif untuk menaikkan martabat Bumiputera selaras dengan moto WMGS iaitu "RIDE & RESPECT" iaitu antara lain bertujuan menanamkan nilai-nilai positif dan kesedaran kepada ahli-ahli WMGS sebagai Bumiputera yang cinta kepada perdamaian, persaudaraan serta menjalin tali silaturrahim antara komuniti dan masyarakat selain terlibat dalam aktiviti kebajikan.

 

 

Gimik  serta aktiviti sekitar majlis pelancaran Wings Motor Gang Soceity di Tadom Hill Resort, Banting


Tunjang utama WMGS adalah Dato' Ahmad Azhar Othman iaitu satu nama yang tidak asing dalam arena permotoran atau lebih dikenali lagi sebagai Dato' Awie iaitu penyanyi utama kumpulan Wings. Sehingga kini, terdapat seramai 100 orang ahli WMGS yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur dari seluruh pelusuk Malaysia dan tidak terkecuali dari negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Singapura.

Ilham penubuhan WMGS tercetus semasa berlangsungnya siri jelajah Konsert 30 Tahun Wings dan telah ditubuhkan secara sah di bawah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 6 September 2016. Semenjak penubuhan itu, WMGS sentiasa aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti "Bikes Week" di dalam dan luar negara, menyalurkan sumbangan ke rumah-rumah kebajikan, mengadakan program berbuka puasa serta kutipan sumbangan dan derma untuk mereka yang memerlukan.


WMGS membuka keahlian kepada Bumiputera yang berminat dalam bidang permotoran serta mempunyai motosikal berkuasa tinggi iaitu 700 cc dan ke atas serta tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh WMGS. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM550.00 merangkumi yuran tahunan pertama serta "Colors" dan "Vest". Yuran tahunan untuk ahli adalah sebanyak RM180.00. Pendaftaran boleh dikemukakan dengan melengkapkan borang keahlian yang disediakan dengan syarat perlu diperkenalkan oleh seseorang yang berjawatan dalam WMGS.

Pelbagai keistimewaan bakal diperolehi oleh ahli WMGS antaranya kad keahlian, bantuan kewangan, bantuan kerosakan motosikal, diskaun alat ganti motosikal dan beberapa lagi faedah yang bakal menyusul kelak. |MYBUZZ!

 

 Sumber: Instagram WMGS


Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah menghubungi :

(1) Ejat (Boojatt) Aide De Camp (019 293 2436); (2) Hibatul (Cootull) Secretary 2 (011 1003 0960) 

 

Maklumat lanjut juga boleh didapati di platform media sosial rasmi WMGS seperti di bawah :

Facebook: Wings Motor Gang Soceity
Instagram: @wingsmotorgangsoceity 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.