Mengamit Memori Terindah Bersama OPPO F5



MB berasa cukup bertuah menerima sebuah OPPO F5 'Capture The Real You' untuk dibuat ulasan dan berkongsi pengalaman kepada anda kecanggihan teknologi telefon pintar ini khas dari OPPO.


Banyak perkara yang MB ingin kongsikan bersama anda hampir sebulan menggunakan sendiri telefon pintar ini dan ternyata memberikan keselesaan, kesesuaian dan merakam banyak memori terindah ketika hadir ke sebarang acara mahupun bersosial bersama rakan-rakan.


Berikut adalah ulasan peribadi selaku pengguna yang MB ingin kongsikan ketika menggunakan OPPO F5 model CPH1723.


1. Rekaan (Design)


Rekaan yang agak trend ini membuat OPPO F5 mencuri perhatian MB. MB juga dapat merasakan berada dalam class yang tersendiri bila memegangnya kerana warna keemasan dan pantulan cahaya casing telefon pintar ini.


Dengan paparan skin 6.0 Full HD + dan Full Screen yang cukup teruja ditambah lagi sleek design yang amat menawan.



2. Kamera


Resolusi kamera bagi sesebuah telefon pintar amatlah penting kepada pengguna. OPPO F5 adalah tidak mengecewakan anda. Berikut 5 alasan terbaik MB apabila berselfie dengan OPPO F5:


i. Cantik sangat

ii. Gambar macam real

iii. Boleh selaras mode kamera

iv. Teruja apabila berselfie

v. Tidak Sia-Sia memilikinya


Sepanjang hampir sebulan menggunakan kamera OPPO F5 ini memang boleh dikatakan memori yang cukup terindah ketika berselfie atau wefie. memang Capture the real you habis la dan awesome, berbaloi serta recommended.


Dengan adanya Teknologi A.I pada spesifikasi kamera Oppo F5 ini terbukti benar. Teknologi A.I. Beauty pada telefon pintar ini dikatakan mampu mengenali wajah dengan lebih dari 254 point pengenalan wajah. Perkara ini menjadikan Oppo F5 mampu memberikan kesan tercantik untuk setiap wajah yang berbeza berdasarkan jenis wajah, warna kulit, jantina dan juga usia seseorang.



3. RAM + Octa Core


RAM 4GB dengan Octa Core CPU ternyata cukup laju ketika menggunakan sebarang aplikasi berganda. MB tidak pernah mengalami sebarang masalah hang atau tersekat apabila melayari internet ataupun apa jua aplikasi.



BACA ARTIKEL TERDAHULU: OPPO Perkenal F5 6GB Edisi Merah X Swarovski


Untuk info lanjut anda boleh terus ke laman sesawang OPPO.|MYBUZZ|



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.