'Kasut Tinggi' Hilman Authentic Buatan Malaysia Untuk Dunia


Majoriti masyarakat Asean mempunyai ketinggian sekitar 164cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita. Menurut perkongsian fb.com/AseanDNA, purata ketinggian lelaki Malaysia pada tahun 2014 adalah disekitar 165cm dan 153cm bagi wanita. Bagi sesetengah individu yang mempunyai ketinggian yang "rendah", perkara ini merupakan masalah untuk tampil penuh yakin di khalayak.


Kajian purata ketinggian penduduk Asean pada 2014 oleh AseanDNA

Jesteru ramai yang mencari solusi samada melalui pengambilan 'supplement' atau ada yang lebih berani, menjalani pembedahan untuk menambah ketinggian. Menyedari perlu ada penyelesaian kepada masalah itu, timbul idea dari sorang anak muda Malaysia, mencipta 'kasut tinggi' buatan Malaysia untuk dunia.


Memikirkan tidak ramai usahawan Melayu yang berani menceburi bidang rekaan fesyen dan pembuatan kasut, telah membuatkan anak muda kelahiran negeri Terengganu ini memberanikan diri memilih bidang itu sebagai bisnes. Ramai beranggapan bidang ini terlalu terlalu besar dan mustahil untuk dilakukan tetapi tidak bagi Muhammad Noor Hilman Bin Mohd Yatim, (foto) yang baru berusia 30 tahun yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam jurusan Kejuruteraan Marin dari Maktab Tentera DiRaja .


MUNGKIN ramai yang masih belum mengenali kasut jenama Hilman Authentic. Hilman Authentic adalah jenama kasut yang memberi lebih ketinggian kepada pengguna yang memakainya. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada Disember 2016.


Menyedari tabiat masyarakat yang sentiasa mencari kelainan dalam trend berfesyen serta tertarik kepada sesuatu ciptaan yang jarang didapati di pasaran telah membuatkan Hilman menggunakan prinsip ini untuk menembusi pasaran kasut, dan membina kesedaran masyarakat untuk mengenali jenama Hilman Authentic sebagai kasut yang boleh meningkatkan ketinggian pengguna sebanyak 7 cm.


Menurut Hilman lagi, kasut Hilman Authentic direka khas bagi memberi penyelesaian kepada golongan yang kurang ketinggian, baik lelaki atau perempuan untuk mereka tampil bergaya. Rekaan khas pada 'Insole Increaser' memberikan ketinggian serta merta sebanyak 7 cm kepada pemakai. Apa yang menariknya, ia nampak sama seperti kasut normal lain, dan orang di sekeliling anda tidak dapat membezakannya.


Kredit foto: fb/hilmanauthentic

Kasut di bawah jenama Hilman Authentic dihasilkan dengan menggunakan kulit lembu asli gred A sahaja bagi mengekalkan ciri-ciri mewah serta elegan. Selain penggunaan kulit asli berkualiti tinggi, hanya 30 peratus daripada pembuatan kasut ini menggunakan mesin manakala 70 peratus diperbuat dengan tangan (handmade). Jesteru kualiti kasut yang dihasilkan adalah setanding dengan jenama 'besar' yang berada dipasaran.


HILMAN AUTHENTIC x IZZATI SUZA


Terbaru, Hilman Authentic telah berkerjasama bersama Izzati Suza, seorang pereka grafik tempatan telah melahirkan rekaan kasut kanvas edisi terhad dengan mengguna pakai rekacorak serta motif seni budaya tempatan.


Kredit foto: fb/izzatisuza , fb/hilmanauthentic


Izzati Suza sebelum ini telah menghasilkan satu rekacorak unik yang bertemakan budaya dan permainan tradisi Malaysia dan ianya telah dipertandingkan dalam pertandingan rekacipta kasut 'Vans®️ ‘Asia Custom Culture Competition’. Walaupun tidak memenangi pertandingan berkenaan, pihak Hilman Authentic telah mengambil rekacorak berkenaan lalu menghasilkan kasut kanvas edisi terhadnya kerana amat menghargai bakat besar yang ada pada pereka muda itu.

Sebagai strategi rangka pemasaran bagi memperluaskan jenama kasutnya, Hilman Authentic kini giat mempromosikan jenama itu melalui medium sosial media serta penajaan. Terbaharu Hilman Authentic telah menaja kasut jenamanya untuk beberapa artis tempatan dan antarabangsa semasa acara gala seperti malam gala filem "Busker The Movie", "Bukan Cinta Malaikat" dan pelakon Bront Palarae "Ayat-Ayat Cinta 2". Tidak ketinggalan Hilman Authentic turut menaja kasut buat duo hos rancangan Meletop!, Nabil dan Neelofa.


Antara barisan selebriti yang menerima tajaan dari Hilman Authentic


Kini Malaysia sudah ada pelapis pereka kasut seperti Dato Jimmy Choo! Besar harapan Hilman Athentic agar jenama kasutnya mendapat perhatian dan kepercayaan bukan sahaja dari dari penggemar fesyen kasut tempatan bahkan antarabangsa. |MYBUZZ


Facebook: hilmanauthentic

Instagram: @hilmanauthentic Laman web: hilmanauthentic.com/

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.