ANUGERAH JUARA LAGU 32 ANGKAT ELEMEN FESYEN & MUZIK

January 18, 2018

 

Acara muzik yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal tiba. 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017 bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari 2018. Jika tahun lalu, Cerita Dalam Lagu menjadi tema pilihan, Anugerah Juara Lagu yang ke-32 (AJL 32) tahun ini mengangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Memasuki edisi ke-32, Anugerah Juara Lagu masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha para pemuzik yang merangkumi komposer, penulis lirik dan juga penyanyi melalui penjurian professional. Kami turut berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman para penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal nyanyian dan persembahan mereka. Selain itu, buat pertama kalinya demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema yang dipilih, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu serta bertenaga para finalis dan persembahan yang dipertaruhkan, penonton juga sentiasa ternanti-nantikan fesyen apakah yang bakal digayakan mereka. Muzik dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Kami merasakan tema yang dipilih pada tahun ini amat bertepatan”
. Ujarnya Iagi.

 

EVOLUSI, EKPRESI & IDENTITI

Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, pasti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi ketika itu dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati. Begitu juga jika melihat pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara finalis yang dilihat peka dengan penampilannya di atas pentas. Beiiau pasti tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, bersesuaian dengan Iagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya. Tidak kurang juga dengan pemilihan pakaian oleh Ning Baizura yang memakai baju kurung lusuh (Awan Yang Terpilu) dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berbaju T, seluar track menerusi lagu Awan Nano. Ringkas, namun pemilihan pakaian itu memberi impak yang besar dan meiengkapkan lagi jaian cerita Iagu yang disampaikan mereka. Setiap artis bebas bereksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, samada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia telah berevolusi.
 

 

 Selain 12 Iagu yang dipenandingkan, gandingan pengacara majlis turut menjadi tumpuan. Jika tahun iaiu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, tahun ini Alif Satar dan Sherry AI Hadad bakal menggalas tugas berat untuk mengacarakan AJL 32. AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+.

 

Selain itu, Samsung akan turut menyumbangkan hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Piiihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik. Pada malam AJL 32 nanti akan turut diserikan lagi dengan persembahan hebat oleh Stacy, AG Coco, Edn'e Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A. Rahman Hassan dan Jeffrey Din. Berikut adalah 12 Iagu yang telah Iayak ke pentas AJL 32:

 
LAGU / KOMPOSER / PENULIS / LIRIK / PENYANYI



 AKHIRNYA, CINTA
Komposer: Ajai
Lirik: Slen
Penyanyi: Salma

AKU CINTA
Komposer: Syamel
Lirik: Syamel
Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri

AKU YANG SEBENAR
Komposer: M.Nasir
Lirik: Ad Samad
Penyanyi: Hazama The Penglipur Lara


AMBOI
Komposer: Navigator
Lirik: Altimet
Penyanyi: Altimet

BAYANG
Komposer: Alam (Harry Khalifah)
Lirik: Patrick Anohada
Penyanyi: Khai Bahar

JAMPI
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong
Penyanyi: Hael Husaini

LEBIH SEMPURNA
Komposer: Syamel, Edry Abd Halim & Boy Anaz
Lirik: Syamel
Penyanyi: Syamel

MENAHAN RINDU
Komposer: Ibnu & Gouffran
Lirik: Ibnu & Gouffran
Penyanyi: Wany Hasrita

SEJATI
Komposer: Faizal Tahir & Mike Chan
Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan
Penyanyi: Azmi Caliph Buskers (Penyanyi Asal Faizal Tahir)

SEPARUH MATI KU BERCINTA
Komposer: Ajai
Lirik: Ajai
Penyanyi: Dayang Nurfaizah

TERGANTUNG SEPI
Komposer: Gouffran & Ibnu
Lirik: Gouffran & Ibnu
Penyanyi: Haqiem Rusli

WARKAH UNTUK MU
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Laq
Penyanyi: Ara Johari


 Sekitar sidang Media AJL32 yang berlansung di Hotel JW Marriot , KL

 

 


AJL32 POST PARTY RATED XTRA 》

Tambah menarik, AJL32 tahun ini turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak Iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam -11.30 malam itu akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan manakala baki 50% markah adalah daripada jun‘ profesional. Ketahui Info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam.

Merancakkan lagi arena atas talian, tonton membawakan temubual ekskIusif dan terkini bersama fmalis dari belakang pentas AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my. Buat pertama kalinya, tonton turut menawarkan 170 pas masuk VIP ke malam kemuncak termasuk akses penuh ke AJL32 Post Party Rated Xtra buat pelanggan bertuah. Ketahui cara memenangi pas VIP untuk akses penuh ke selebriti terkenal di malam AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my. Ikuti siaran FB LIVE di laman Facebook @tontonMY bermula 11.30 malam sehingga Iewat malam untuk merasai bahang kemeriahan acara AJL32 Post Party Rated Xtra yang menghimpunkan ramai selebriti selain Finalis AJL32.


PENTAS AJL32 BERGERAK 》

Untuk merancakkan lagi AJL 32, TV3 dengan kerjasama Transit Aliran Massa (MRT) akan menampilkan dua penyanyi yang akan menyanyikan Iagu-lagu 12 bintang AJL 32 secara akustik dari MRT aliran Sungai Bquh ke aliran Bukit Bintang. Seterusnya mereka akan singgah di gerai pop up Samsung di Bukit Bintang Untuk mengetahui siapakah penyanyi yang bakal membuat persembahan, jangan lupa untuk saksikan secara Iangsung menerusi LIVE stream di Facebook TV3MaIaysIa pada 20 Januari, nanti bermula jam 11 pagi.

UNBOXING AJL32 X WAK DOYOK 》


Video koIaborasi bersama Wak Doyok ini akan memperlihatkan Wak Doyok meneka dan memberi komen-komen beIiau mengenai pemIIihan pakaian FinaIis AJL 32. Jangan ketinggalan untuk menonton kandungan-kandungan menarik yang disediakan bagi menyemarakkan lagi AJL 32, di laman Youtube TV3Malaysia.

PENGAMBILAN TIKET AJL32 》

Orang ramai yang ingin menonton siaran langsung dan merasai sendiri bahang kemeriahan AJL 32 dijemput hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2018 (Jumaat) untuk pengambiian tiket. Kaunter akan dibuka bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tiket adalah terhad.

AJL 32 juga boleh di tonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my). AJL 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital Ohbulan & Durian Stroberi!.

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & lnstagram TV3Mataysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial. |MYBUZZ!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.