ANUGERAH JUARA LAGU 32 ANGKAT ELEMEN FESYEN & MUZIK


Acara muzik yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal tiba. 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017 bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari 2018. Jika tahun lalu, Cerita Dalam Lagu menjadi tema pilihan, Anugerah Juara Lagu yang ke-32 (AJL 32) tahun ini mengangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Memasuki edisi ke-32, Anugerah Juara Lagu masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha para pemuzik yang merangkumi komposer, penulis lirik dan juga penyanyi melalui penjurian professional. Kami turut berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman para penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal nyanyian dan persembahan mereka. Selain itu, buat pertama kalinya demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema yang dipilih, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini. Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu serta bertenaga para finalis dan persembahan yang dipertaruhkan, penonton juga sentiasa ternanti-nantikan fesyen apakah yang bakal digayakan mereka. Muzik dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Kami merasakan tema yang dipilih pada tahun ini amat bertepatan”. Ujarnya Iagi.


EVOLUSI, EKPRESI & IDENTITI Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, pasti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi ketika itu dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati. Begitu juga jika melihat pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara finalis yang dilihat peka dengan penampilannya di atas pentas. Beiiau pasti tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, bersesuaian dengan Iagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya. Tidak kurang juga dengan pemilihan pakaian oleh Ning Baizura yang memakai baju kurung lusuh (Awan Yang Terpilu) dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berbaju T, seluar track menerusi lagu Awan Nano. Ringkas, namun pemilihan pakaian itu memberi impak yang besar dan meiengkapkan lagi jaian cerita Iagu yang disampaikan mereka. Setiap artis bebas bereksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, samada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia telah berevolusi.

Selain 12 Iagu yang dipenandingkan, gandingan pengacara majlis turut menjadi tumpuan. Jika tahun iaiu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, tahun ini Alif Satar dan Sherry AI Hadad bakal menggalas tugas berat untuk mengacarakan AJL 32. AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+.


Selain itu, Samsung akan turut menyumbangkan hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Piiihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik. Pada malam AJL 32 nanti akan turut diserikan lagi dengan persembahan hebat oleh Stacy, AG Coco, Edn'e Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A. Rahman Hassan dan Jeffrey Din. Berikut adalah 12 Iagu yang telah Iayak ke pentas AJL 32:

LAGU / KOMPOSER / PENULIS / LIRIK / PENYANYI

AKHIRNYA, CINTA Komposer: Ajai Lirik: Slen Penyanyi: Salma

AKU CINTA Komposer: Syamel Lirik: Syamel Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri

AKU YANG SEBENAR Komposer: M.Nasir Lirik: Ad Samad Penyanyi: Hazama The Penglipur Lara

AMBOI Komposer: Navigator Lirik: Altimet Penyanyi: Altimet

BAYANG Komposer: Alam (Harry Khalifah) Lirik: Patrick Anohada Penyanyi: Khai Bahar

JAMPI Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong Penyanyi: Hael Husaini

LEBIH SEMPURNA Komposer: Syamel, Edry Abd Halim & Boy Anaz Lirik: Syamel Penyanyi: Syamel

MENAHAN RINDU Komposer: Ibnu & Gouffran Lirik: Ibnu & Gouffran Penyanyi: Wany Hasrita

SEJATI Komposer: Faizal Tahir & Mike Chan Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan Penyanyi: Azmi Caliph Buskers (Penyanyi Asal Faizal Tahir)

SEPARUH MATI KU BERCINTA Komposer: Ajai Lirik: Ajai Penyanyi: Dayang Nurfaizah

TERGANTUNG SEPI Komposer: Gouffran & Ibnu Lirik: Gouffran & Ibnu Penyanyi: Haqiem Rusli

WARKAH UNTUK MU Komposer: Hang Nadim Lirik: Laq Penyanyi: Ara Johari