HOKTO MALAYSIA OPTIMIS JANA PERTUMBUHAN, JADIKAN MALAYSIA HUB EKSPOT CENDAWAN BROWN BEECH & WHITE BEECH

January 19, 2018

 

Minggu lalu MB berkesempatan untuk turut serta dalam satu acara sambutan ulangtahun ke-3 Hokto Malaysia di Sunway Velocity Mall, Cheras. Apa tu Hokto Malaysia?. Untuk makluman, Hokto Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar cendawan dan produknya sudah berada dipasan Malaysia sejak 3 tahun yang lalu. Anak syarikat Hokuto Corporation ini, menubuhkan kilangnya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2015 dengan matlamat menjadikannya hub untuk mengeksport cendawan Brown Beech dan White Beech yang terkenal ke negara-negara di rantau ini. 


Pembukaan ladang tanaman di Malaysia ini telah mengukuhkan kehadiran jenama Hokto di negara ini. Sejak penubuhannya dua tahun lepas, Hokto Malaysia Sdn Bhd telah mengeksport sebanyak 1,150 tan cendawan Brown Beech dan White Beech ke Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Tanaman ini adalah yang pertama kali diusahakan secara automatik menggunakan fasiliti di Malaysia yang bernilai hampir RM80 juta. Kapasiti pengeluarannya boleh mencecah sehingga 1,000 setiap tahun. 
 

“Ini adalah pelan strategik untuk membuka tapak tanaman di Malaysia dimana Malaysia mempunyai insfratruktur yang diperlukan. Tambahan lagi, terdapat pasaran besar bagi cendawan Jepun di negara ini. Teksturnya yang kenyal dan boleh menyerap segala perisa membuatkan cendawan ini sesuai untuk citarasa tempatan”, kata Encik Tadao Yamamoto, Pengarah Urusan Hakto Malaysia Sdn Bhd. (foto)


Hokto Malaysia juga merupakan satu-satunya syarikat yang mengimport dan membekal cendawan Maitake di negara ini. Terbaru, 3 tan cendawan Maitake diimport dari Jepun secara bulanan. Terkenal dengan rasa kayu, bertekstur rangup dan aroma yang hebat, cendawan Maitake sesuai untuk apa jua hidangan dan cara masakan. 


Antara pencapaian hebat sepanjang dua tahun ini adalah dapat menembusi pasaran berbeza di rantau ini dan berjaya menbangunkan resipi yang sihat. Selain itu, Hokto cukup dikenali dengan pelbagai rangkaian cendawan antaranya Bunashimeji dan Bunapi. Melangkah ke tahun 2018, Hokto Malaysia Sdn Bhd berhasrat untuk mencapai 100% kapasiti penghasilan. Ini membolehkan Hokto untuk memperkenalkan jenamanya kepada segmen pasaran berpotensi terutamanya pasaran Melayu.

 

Hokto Malaysia optimis menjadikan negara ini hub untuk mengeksport cendawan Brown Beech dan White Beech yang terkenal ke negara-negara di rantau ini |MYBUZZ!
 

“Kami yakin dengan kualiti produk keluaran kami dimana kami menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi untuk pertumbuhan dan percambahan cendawan, dengan pembangunan teknologi dari Hokuto Japan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan, kebaikan cendawan dan panjang umur seperti masyarakat Jepun”, kata Encik Tadao Yamamoto. 


Untuk maklumat lanjut tentang Hokto Malaysia Sdn Bhd, layari www.hokto-kinoko.com.my atau ikut Hokto Malaysia di www.facebook.com/HoktoKinokoMalaysia.
 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.