BINAAN TANGLUNG GERGASI   MERIAHKAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2018 DI KLCC

January 26, 2018

 

GEDUNG TERKEMUKA SURIA KLCC MENGIMBAU KEMBALI TRADiSi  BUDAYA DAN KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

 

Sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC dan Alamanda akan membawa anda kembali ke masa lalu untuk merasai keasyikan suasana yang memikat hati sambil menghirup teh di perkampungan Cina yang indah. Pengunjung disajikan dengan pemandangan rumah warisan dua (2) tingkat yang bercirikan seni bina tradisional Cina dengan deretan kedai lama dan hiasan Iampu tanglung merah yang dipasang bagi menyambut perayaan kali ini.

Hadir di acara perasmian sambutan Tahun Baharu Cina tersebut termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi; Ben Chong, Pengurus Besar Suria KLCC serta Edmund Lim dan Yap Sook Yee, pengasas bersama Persatuan We Care Journey. (foto)

 


Berinsipirasikan semangat perayaan, dekorasi di Suria KLCC menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan paparan berhubung proses pembuatan teh. Selain itu, pokok bunga plum setinggi 20 kaki yang dihlasi dengan juntaian 1,000 riben berwarna merah dan emas simbolik kepada harapan baharu untuk tahun mendatang pastinya akan menarik minat para pengunjung untuk berswafoto.

Dekorasi di setiap pintu masuk Utama Suria KLCC turut memaparkan suasana upacara minum the kaum Cina yang melambangkan intipati perayaan tersebut iaitu penyatuan ahli keluarga. Selain itu, Tahun Baharu Cina juga adalah momen penting bagi menyatukan masyarakat Malaysia dari pelbagai agama, kepercayaan dan latarbelakang.

Suria KLCC juga turut sekali lagi membina tanglung Cina di Esplanade KLCC. Struktur hebat ini yang berukuran 22-meter tinggi dan 12-meter lebar merupakan replika tanglung tertinggi di Malaysia yang telah disahkan oleh The Malaysia Book of Records. Pengunjung berpeluang bergambar dengan struktur menarik ini sehingga 22 Februari.


Pelbagai Pertunjukan yang Mengujakan 》

 

 Mari berkunjung ke Suria KLCC bersama keluarga untuk menikmati persembahan yang memukau, seperti tarian singa, pertunjukkan akrobatik Cina, persembahan muzik Cina (Gu-Zheng) dan penampilan ’Dewa Kemakmuran’ yang akan berlangsung dari 25 Januari hingga 18 Februari 2018. Pengunjung ke Alamanda dan Mesra Mall juga turut disajikan dengan tarian singa dan pelbagai aktiviti yang mengujakan.

Waktu untuk Memberi Kembali 》


Selain dari hiasan kreatif dan unik, Suria KLCC turut memberi sokongan untuk menyebarkan kegirangan Tahun Baharu Cina kepada We Care Journey melalui penubuhan tabung ’Share The Care’. Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Spinal Muscular Atrophy (SMA), dan juga mengumpul dana minima sebanyak RM10,000 dari 25 Januari hingga 28 Februari 2018.

Setiap pembeli dan pengunjung yang meyumbang RM10 bagi tujuan tersebut akan menerima riben merah sebagai tanda apresiasi sokongan mereka. Para penyumbang digalakkan untuk menulis nama atau mesej mereka di atas riben dan seterusnya menggantung riben tersebut pada pokok bunga plum yang terletak di pintu masuk Park Mall Suria KLCC. Semua sumbangan akan disalurkan kepada We Care Journey untuk pembelian peralatan kesihatan, serta menjayakan program We Care Journey untuk kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak yang menghidapi SMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai SMA dan We Care Journey, sila layari www.wecarejourney.org


Berbelanja dan Nikmati Ganjaran 》


 

Untuk memeriahkan Iagi sambutan Tahun Baharu Cina, bersedialah untuk menikmati ganjaran bila berkunjung ke Suria KLCC dan Alamanda pada musim perayaan ini. Mulai 25 Januari hingga 18 Februari 2018, pembeli di Suria KLCC akan menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM1,000 dan ke atas di dalam satu (1) resit. Melalui pembelian pada hari minggu, pengunjung berpeluang menikmati hidangan di Restoran Spring Garden untuk 10 orang dengan pembelian minima sebanyak RM3,500 dan ke atas di dalam satu resit.

Para pembeli di Alamanda berpeluang menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM688 dan ke atas di dalam dua (2) resit yang dikumpul. Pembeli di Alamanda juga berpeluang memenangi hadiah atau baucar beli-belah yang bernilai sehingga RM50 bagi jumlah pembelian minima yang sama dibuat pada hari lsnin hingga hari Jumaat sahaja untuk 30 pembeli pertama setiap hari.

Pembeli di Mesra Mall pula akan menerima satu (1) set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM350 dan ke atas di dalam dua resit yang dikumpul.

 

Pertunjukan akrobatik, tarian singa dan upacara menyalakan tanglung gergasi simbolik pelancaran sambutan

Tahun Baharu Cina 2018 di Suria KLCC 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Tahun Baharu Cina di gedung-gedung tersebut, sila layari www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my or www.mesramall.com.my. |MYBUZZ!

 

Suria KLCC Sdn Bhd 》

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). la merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang mengkhusus kepada pembangunan dan pengoperasian pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga (3) pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai istimewa dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit yang digabungkan, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati sebilangan besar pembeli bijak di Malaysia.

Lokasi strategik Suria KLCC yang berada di dalam Segi Tiga (3) Emas Kuala Lumpur menjadikan ia pusat membeli belah sehenti tersohor sekaligus sebagai tumpuan para pelancong ke negara ini. Dengan ruang sewaan berkeluasan bersih sebanyak 1.2 juta kaki persegi, Suria KLCC boleh berbangga mempunyai lebih daripada 360 buah kedai istimewa jenama antarabangsa dan tempatan setakat ini. Antara penyewa utamanya adalah lsetan, Parkson, Marks & Spencer dan Kinokuniya. Pusat membeli belah ini juga menawarkan tarikan lain seperti Galeri PETRONAS dan Petrosains Interactive Discovery Centre, serta dihubung langsung dengan Dewan Filharmonik PETRONAS, Aquaria, dan Menara Berkembar PETRONAS. la juga mudah diakses oleh pengunjung melalui pelbagai jenis pengangkutan awam termasuk bus, teksi dan LRT.

Alamanda terletak di Putrajaya iaitu pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Memiliki ruang sewaan berkeluasan bersih sebanyak 600 ribu kaki persegi, Alamanda mempunyai lebih daripada 100 buah kedai istimewa serta dua penyewa utama iaitu Parkson dan pasaraya besar AEON Big.

Mesra Mall berada di Kertih, Terengganu dan menawarkan pelbagai tarikan termasuk hampir 50 kedai istimewa, pasaraya TMC, medan selera, pawagam TGV, dewan serba guna, serta gelanggang futsal dan skuasy. Dengan ruang sewaan berkeluasan bersih sebanyak 200 ribu kaki persegi, Mesra Mall merupakan pusat membeli belah pertama yang dibina di Terengganu. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.