BINAAN TANGLUNG GERGASI   MERIAHKAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2018 DI KLCC


GEDUNG TERKEMUKA SURIA KLCC MENGIMBAU KEMBALI TRADiSi BUDAYA DAN KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA


Sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC dan Alamanda akan membawa anda kembali ke masa lalu untuk merasai keasyikan suasana yang memikat hati sambil menghirup teh di perkampungan Cina yang indah. Pengunjung disajikan dengan pemandangan rumah warisan dua (2) tingkat yang bercirikan seni bina tradisional Cina dengan deretan kedai lama dan hiasan Iampu tanglung merah yang dipasang bagi menyambut perayaan kali ini. Hadir di acara perasmian sambutan Tahun Baharu Cina tersebut termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi; Ben Chong, Pengurus Besar Suria KLCC serta Edmund Lim dan Yap Sook Yee, pengasas bersama Persatuan We Care Journey. (foto)


Berinsipirasikan semangat perayaan, dekorasi di Suria KLCC menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan paparan berhubung proses pembuatan teh. Selain itu, pokok bunga plum setinggi 20 kaki yang dihlasi dengan juntaian 1,000 riben berwarna merah dan emas simbolik kepada harapan baharu untuk tahun mendatang pastinya akan menarik minat para pengunjung untuk berswafoto. Dekorasi di setiap pintu masuk Utama Suria KLCC turut memaparkan suasana upacara minum the kaum Cina yang melambangkan intipati perayaan tersebut iaitu penyatuan ahli keluarga. Selain itu, Tahun Baharu Cina juga adalah momen penting bagi menyatukan masyarakat Malaysia dari pelbagai agama, kepercayaan dan latarbelakang. Suria KLCC juga turut sekali lagi membina tanglung Cina di Esplanade KLCC. Struktur hebat ini yang berukuran 22-meter tinggi dan 12-meter lebar merupakan replika tanglung tertinggi di Malaysia yang telah disahkan oleh The Malaysia Book of Records. Pengunjung berpeluang bergambar dengan struktur menarik ini sehingga 22 Februari. Pelbagai Pertunjukan yang Mengujakan 》


Mari berkunjung ke Suria KLCC bersama keluarga untuk menikmati persembahan yang memukau, seperti tarian singa, pertunjukkan akrobatik Cina, persembahan muzik Cina (Gu-Zheng) dan penampilan ’Dewa Kemakmuran’ yang akan berlangsung dari 25 Januari hingga 18 Februari 2018. Pengunjung ke Alamanda dan Mesra Mall juga turut disajikan dengan tarian singa dan pelbagai aktiviti yang mengujakan. Waktu untuk Memberi Kembali 》

Selain dari hiasan kreatif dan unik, Suria KLCC turut memberi sokongan untuk menyebarkan kegirangan Tahun Baharu Cina kepada We Care Journey melalui penubuhan tabung ’Share The Care’. Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Spinal Muscular Atrophy (SMA), dan juga mengumpul dana minima sebanyak RM10,000 dari 25 Januari hingga 28 Februari 2018. Setiap pembeli dan pengunjung yang meyumbang RM10 bagi tujuan tersebut akan menerima riben merah sebagai tanda apresiasi sokongan mereka. Para penyumbang digalakkan untuk menulis nama atau mesej mereka di atas riben dan seterusnya menggantung riben tersebut pada pokok bunga plum yang terletak di pintu masuk Park Mall Suria KLCC. Semua sumbangan akan disalurkan kepada We Care Journey untuk pembelian peralatan kesihatan, serta menjayakan program We Care Journey untuk kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak yang menghidapi SMA. Untuk maklumat lanjut mengenai SMA dan We Care Journey, sila layari www.wecarejourney.org Berbelanja dan Nikmati Ganjaran 》


Untuk memeriahkan Iagi sambutan Tahun Baharu Cina, bersedialah untuk menikmati ganjaran bila b