Dengan Sekali Lafaz Sahaja Yuna Sah Menjadi Isteri Adam Sinclair


Penyanyi bertaraf Antarabangsa Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai selamat dinikahkan petang tadi dengan Pengarah, Adam Yousof Sinclair di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.


Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz. Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang.


Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States. Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.


Foto pernikahan oleh @weddingsbyqay, dekorasi oleh @the_calla manakala baju nikah oleh @hattadolmat_. |MYBUZZ|

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.