Amerika Selatan Destinasi 'Honeymoon' Yuna & Adam

January 27, 2018

 

Semalam baru sahaja melafazkan nikah, esok 28 Januari 2018 akan melakar detik terindah buat pasangan bahagia ini yang akan disandingkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


BACA ARTIKEL TERDAHULU: Dengan Sekali Lafaz Sahaja Yuna Sah Menjadi Isteri Adam Sinclair

 

 

Petang tadi telah berlansungnya sesi bertemu para media di mana kebiasaan bila ditanya soal destinasi Honeymoon Yuna berkata ' Sebenarnya kami belum ada perancangan dan mungkin ke South America.....'.

 

 

Di samping pengantin baru ini ditanya pelbagai soalan kenapa mereka menjalankan pernikahan secara tertutup dan tidak dihebahkan kepada umum, Yuna memberitahu beliau ingin privasi dan bukannya 'secretive' dan berharap semua pihak memahaminya.

 

Majlis resepsi esok akan dihadiri oleh Kerabat Di Raja Pahang, Kerabat Diraja Perlis, keluarga terdekat, sahabat rapat, rakan artis dan pihak media.

 

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja utama iaitu Hearts On Fire (The World's Most Perfectly Cut Diamond) diatas sokongan dari segi barang kemas yang cukup menawan, Reka Teemor untuk deko di Majlis Persandingan, Hatta Dolmat untuk gaun persandingan yang cukup elegen di PICC. 

 

Kami juga ingin berterima kasih kepada penaja lain iaitu Dior Perfumes & Cosmetics, Wowsome Photo Booth, Flores KL dan Lily Lola Cakes di PICC. 

 

Tidak lupa juga kepada pihak media dan peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan Yuna & Adam, terima kasih atas sokongan anda semua. 

 

Gambar Kahwin @PICC oleh: @jubsi_ 

 

 

 

Saat- Saat Perkenalan Yuna & Adam

Yuna mula mengenali Adam Sinclair, seorang Pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa. Pada akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin. Yuna sudah pun membawa Adam berjumpa dengan kedua ibu bapanya, dan dia iuga sudah mengenali keluarga Adam. Rancangan untuk bertunang bermula selepas upacara merisik pada 27 Mar 2017. |MYBUZZ|

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.