Selebriti Meriahkan Karnival Hari Wilayah Persekutuan 2018

Sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil insiatif menganjurkan program Karnival Hari Wilayah Persekutuan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) bertempat di Dataran Merdeka dan Jalan Raja, Kuala Lumpur bermula dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam.


Karnival Hari Wilayah ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dengan menerapkan konsep perpaduan, persefahaman serta mengeratkan silaturrahim antara seluruh warga kota Kuala Lumpur tanpa mengira bangsa dan lapisan masyarakat melalui pengisian pelbagai aktiviti seperti acara sukaneka dan rekreasi, pertandingan Xtreme Games, sukan tradisional, pertandingan Muay Thai, pertandingan memasak dan gubahan serta Persembahan Konsert Megastra Hari Wilayah.


Program ini juga adalah ruang kepada pemimpin untuk bersua muka dengan masyarakat bagi menyampaikan aspirasi kerajaan dan beramah mesra bersama mereka.


Pemilihan Dataran Merdeka dan di Jalan Raja juga sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan Kawasan Kolam Biru kepada orang awam dan pelancong asing setelah dirasmikan oleh YB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Ogos 2017 yang lalu.


Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor akan hadir merasmikan Karnival Hari Wilayah 2018 bersama kehadiran tetamu kenamaan yang lain.


Karnival Hari Wilayah 2018 adalah terbuka kepada semua wargakota termasuk pelancong dalam dan luar negara untuk menyertai acara dan pertandingan seperti berikut:

  1. Zumba/ Senam Robik;

  2. Pertandingan Bola Keranjang/ Basket Ball (3x3);

  3. Pertandingan Tamiya;

  4. Pertandingan/ Persembahan Muay Thai;

  5. Pertandingan Tarik Tali;

  6. Pertandingan/ Permainan Tradisional Malaysia;

→Dam Aji;





→Congkak;







→Batu Seremban;