GABUNGAN 3 PENYANYI DARI 2 NEGARA - BCL, ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT

February 1, 2018

 

Konsert gabungan dua (2) buah negara memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Namun berbeza untuk kali ini, tiga (3) nama yang belum pemah disatukan dalam satu pentas, akhimya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini. Lebih menarik lagi tiga (3) penyanyi dengan peminat tersendiri ini akan disatukan di pentas yang penuh berprestij iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.

Yuka yang merupakan penganjur untuk konsert ini merasakan konsert ini memberikan keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Penyanyi yang terakhir k
ali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supenmoon ini merasakan konsert ini akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya.

 

“Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat saya bergerak sebagai sebuah penganjur acara, konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing. Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti”,                            Yuka turut mengambil peluang melancarkan album terbarunya, #1                                        ujar Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertainment Sdn Bhd.

 

Konsert yang akan berlangsung dalam durasi dua setengah jam ini turut mendapat keljasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari enam pemuzik manakala nyanyian Anuar Zain serta Yuka pula akan diiringi oleh lapan (8) orang pemuzik tempatan, tiga (3) penyanyi Iatar dengan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

Sehubungan dengan berlangsungnya sidang media konsert ini, Yuka juga turut mengambil  peluang untuk melancarkan album terbarunya yang bertajuk #1. Album yang mempunyai lapan buah lagu ini menyaksikan kerjasama Yuka dan Pay, komposer Indonesia bersatu menjadi produser untuk album ini. “Saya mengambil masa setahun untuk menyiapkan album ini. Album ini mempertaruhkan lagu bertajuk Mali Rasa sebagai single pertama. Lagu ini ditulis dan digubah secara keseluruhannya oleh saya,” ujar Yuka.

Kepada para peminat yang tidak sabar menantikan konsert yang mengabungkan tiga nama ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM2199 (Intimate), RM1599 (Platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular).

Berita baik untuk pembeli tiket konsert. Bukan sahaja dapat berhibur bersama penyanyi-penyanyi kesayangan mereka malah terdapat enam cabutan bertuah akan disediakan. Pembeli tiket bertuah akan memenangi iphone 8! Bukan satu tetapi lima cabutan bertuah untuk mereka. Dan semestinya hadiah utama yang diberikan buat seorang pembeli tiket bertuah yang merupakan skuter! Untuk pembeli tiket intimate,mereka akan menerima jemputan ke pra parti, barangan Konsert peluang bergambar bersama artis serta laluan VIP. Manakala pembeli tiket Platinum akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP.

Sekitar sidang media 'BCL, Anuar ZAin & Yuka Kharisma Live In Concert' yang berlansung di Skybar, Hotel Traders , Kuala Lumpur


Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my .Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my

Konsert ini dianjurkan oleh Kharisma Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama DTA Fashion Art Performance. | MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.