KFC LANCAR MENU GOLDEN EGG CRUNCH SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2018

January 30, 2018

 

 

 

Sempena menyambut musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, KFC Malaysia membawakan citarasa keemasan khusus untuk mengukir keceriaan kepada para penggemarnya selain menambah kemeriahan dalam pertemuan seisi keluarga dan sahabat handai. KFC Golden Egg Crunch menampilkan perisa telur masin yang digemari ramai bersama daun kari dan selasih manis, membawakan keenakan yang tidak tertahan.

Hidangan masa terhad ini menampilkan ayam Hot & Spicy KFC yang diolah bersama ramuan istimewa, menghasilkan rasa unik masin, pedas dan manis, Iengkap dengan aroma lazat yang pasti membangkitkan selera. ”Telur masin amat popular di dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berikan sentuhan KFC di dalam hidangan ini bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tersendiri untuk dinikmati para pelanggan kami. KFC Golden Egg Crunch adalah sebuah ciptaan yang sangat istimewa, bersesuaian dengan perayaan yang bakal menjelang tiba,” ujar Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Restoran, QSR Brands (M) Holdings Bhd.

 

Datuk Mohamed Azahari Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd., merasmikan pelancaran menu masa terhad 

KFC Golden Egg Crunch di Pavillion , Kuala Lumpur


KFC Golden Egg Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dengsn 3 ketul ayam. Bermula daripada RM14.50, setiap kombo didatangkan dengan hidangan sampingan KFC kegemaran ramai iaitu coleslaw, kentang putar serta secawan minuman Mug Sarsaparilla.

Untuk hidangan yang lebih besar sepanjang musim perayaan ini, KFC turut menawarkan Celebration Bucket yang menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy bersama hidangan sampingan istimewa, KFC Cheezy Golden Sticks dengan keju krim, cebisan udang dan cendawan. KFC Celebration Bucket ini sesuai untuk dihidangkan di dalam jamuan keluarga dan rakan rakan, didatangkan di dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks, kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.

 

Kakitangan KFC bersama Datuk Mohamed Azahari Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd. dan Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif- Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd. mempersembahkan menu masa terhad terbaru KFC,  Golden Egg Crunch dalam bentuk hidangan kombo 2 dan 3 ketul untuk satu hidangan kepada pihak media.


”Perayaan mengeratkan hubungan seisi keluarga dan hidangan enak menjadi penyeri kepada kemeriahannya. KFC Golden Egg Crunch dan Celebration Bucket telah dicipta khas bagi tujuan ini. Kami berharap anda semua menikmati saatsaat indah dl musim perayaan ini serta menggemari kesemua hidangan istimewa yang telah kami sediakanl" tambah beliau.

KFC Golden Egg Crunch dan KFC Celebration Bucket: boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

 

                                             Video Promo Iklan KFC Golden Egg Crunch 2018                                                                             

                                                                                                                                                                   Sumber: Youtube KFCMalaysia      


TENTANG QSR BRANDS

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR): QSR merupakan operator francais kepada Iebih 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. la juga pemilik francais kepada Iebih 370 restoran Pizza Hut di Malaysia dan 75 restoran di Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi M51500:2009.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.