AMIRA OTHMAN PERTARUH MIMPI INDAH

February 2, 2018

 

Mengambil masa hampir setahun, penyanyi Amira Othman akhirnya muncul dengan single terbaharu berjudul Mimpi lndah. Lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim, Mimpi lndah mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dua single terdahulu iaitu Hati-Hati dan Jaga-Jaga.


"Genre Iebih kurang sama sebab kami nak kekalkan konsep Hati-Hati dan Jaga-Jaga. Namun bagi Mimpi lndah kami perlahankan tempo sikit ala-ala lagu lullaby dan sebab itu juga saya memilih judul Mimpi lndah," ujar Amira.


Dalam pada itu, menurut Amira, Mimpi lndah mempunyai kekuatan dari segi lirik dan sesuai untuk individu yang sedang melalui alam percintaan. Katanya, ia juga dapat menggambarkan perasaan seseorang yang merindui kekasihnya sewaktu tiada di sisi.


”Liriknya agak dalam dan saya jangka dapat menggambarkan perasaan seseorang yang sedang dilamun cinta. Namun pasangan tersebut tidak dapat bersama dengannya. Dia berharap kebahagian mereka tetap menjadi realiti dan bukan sekadar dalam mimpi," ujarnya.


Sementara itu, Amira mengakui teruja untuk melihat reaksi peminat terhadap lagu baharunya itu. Ujarnya, peminat-peminat pasti meletakkan harapan tinggi terhadap lagu tersebut seperti mana kejayaan dua (2) lagu sebelum ini.


"Saya seorang yang cerewet memilih melodi dan perkara itu membuatkan saya mengambil masa lama untuk mencari lagu yang sesuai. Pada saya sesebuah lagu yang bagus dapat menaikkan nama seseorang penyanyi. Saya pentingkan kualiti berbanding kuantiti," katanya.
 

Puisi Peminat Dalam Muzik Video


 

 

Menerusi muzik video Mimpi lndah, Amira turut menyelitkan puisi daripada peminat pada awal video tersebut. Jelasnya, idea tersebut adalah bagi memberi peluang kepada peminat untuk turut sama terlibat dalam pembikinan muzik video ini.


"Saya dapat banyak kiriman puisi cinta jarak jauh daripada peminat, tidak sangka ramai yang kreatif dan mempunyai pengalaman tentang percintaan jarak jauh.


"Dalam banyak-banyak, saya terpaksa pilih satu (1) iaitu daripada Farddmottidin yang saya rasa paling bersesuaian dengan lagu ini," ujarnya.


Dalam pada itu, muzik video Mimpi lndah menjalani penggambaran selama sehari bersama produksi The Malaya ini turut menampilkan pelakon kacak Idris Khan. Menurut Amira, pemilihan Idris berikutan aktor berkenaan mempunyai karakter yang sesuai dengan dirinya.


"Muzik video ini mudah difahami dan pendengar tahu apa mesej yang ingin di sampaikan menerusi muzik video tersebut. Saya juga berterima kasih kepada Idris Khan yang sudi bekerjasama dan mewarnai muzik video ini".


Lagu tersebut telah dilancarkan secara komersil di semua pelantar strim pada 26 Januari 2018 manakala muzik video Mimpi lndah akan dimuat naik di Youtube pada 30 Januari 2018 jam 3 petang di saluran Youtube Seventeen Eleven Music (17Eleven Music).


Terdahulu, muzik video Hati-Hati kini sudah mencecah lebih 10 juta tontonan, manakala Jaga-Jaga mencecah 8 juta tontonan di YouTube. |MYBUZZ!

 

 

 

Tajuk : Mimpi Indah
Artis : Amira Othman
Komposer : Hael Hussaini
Lirik : Hael Hussaini

Penerbit :Edry Abdul Halim

 

Malam terjaga

Terfikirkannya

Sedang apa di mana dia

 

Siang terkenang

Masih terbayang

Bersemuka dengan si dia

 

Senyum mulut bicara

Tapi hati tak sama

Mungkin kini jaraknya berbeza

kau tetap ku dambakan

 

 

Jagakan dirinya

Di saat bila ku tiada

Jikalau rindu

Ingatlah mimpi indah bersamaku

 

Jagakan hatinya

Di saat ku tak di sana

Jika tersedar

Ingatlah mimpi indah bersamaku

hmm.. hmm.. hmm..
 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.