Metal Legends Live In Concert - XPDC dan Cromok gegar MAEPS

January 30, 2018

 

Metal Legends Live In Concert yang bakal menggabungkan band heavy metal popular XPDC dan Cromok pada 3 Februari ini di MAEPs, Serdang pastinya dinanti-nantikan peminat kedua-dua band ini.


Kaki metal mana yang tidak mahu menjadi ‘saksi’ XPDC yang dianggotai Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) ‘berentap’ buat pertama kali dengan Cromok yang dibarisi Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) nanti?

Pastinya ia menjanjikan sesuatu yang cukup menarik dan MAEPs pastinya bergegar dengan konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam itu.


Zuar dalam satu temubual baru-baru ini berkata, konsert ini adalah satu penghormatan buat mereka dan hadiah untuk peminat.

“Kami tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok,” katanya.


XPDC juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl. 

 

 Gabungan dua (2) kumpulan heavy metal, Cromok dan XPDC bakal menggegarkan Maeps, 3 Februari ini.

 

Malah, kedua-dua band ini juga akan bergabung di atas satu pentas di penghujung konsert.
Cromok pula mengharapkan konsert ini bakal menggembirakan peminat setia mereka. Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert berskala besar ialah di konsert reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada 2012 lalu. Setahun selepas itu mereka diundang sebagai ‘opening act’ bagi Konsert Metallica Live In Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2013.


“Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok,” kata Karl.


Apa yang menarik, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert terbabit. Beliau ialah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika di awal penubuhan mereka di Australia dahulu.

 

Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The Best Heavy Metal Band’ di Sydney pada 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.


Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah.


“Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster,” katanya.

 

 Kumpulan XPDC

 

 Kumpulan Cromok


Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Dalam pada itu, penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar.


“Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.


Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (thrash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).


Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang). |MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.