JAGUAR LIM KEMBALI DENGAN ‘AMAZING TITANMAN’

February 6, 2018

 

Berikutan sambutan yang menggalakkan sempena filem pertama iaitu Zombies vs. The Lucky Exorcist pada tahun 2015, filem terbaru Jaguar Lim,  ‘Amazing Titanman’ yang akan ditayangkan tahun ini bakal mencabar filem-filem Tahun Baru Cina yang lain! 

 

Filem ‘Amazing Titanman’  yang dijangka akan menggegarkan pawagam di seluruh tanahair mulai 22hb Februari ini, adalah sebuah filem terbitan Jaguar Lim Production Sdn Bhd. Filem ini menyaksikan Jaguar Lim memegang peranan sebagai pengeluar serta produser eksekutif malahan juga memperkenalkan Eddie Tiger sebagai pengarah, pengeluar dan penulis skrip dengan harapan filem terbaru ini akan sekali Iagi mencatat sejarah dan rekod yang membanggakan.
 

Barisan pelakon yang membintangi filem Amazing Titanman. Bakal memulakan tayangan pada 22.02.2018 di pawagam  seluruh tanah air.


Filem Amazing Titanman dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Jaguar Lim atau Iebih dikenali sebagai 'Jutawan Masa Depan', penampilan khas oleh artis sensasi Namewee, model dan artis terkenal kelahiran lran Mehrdad Ravavi Mozart, Pelakon Lelaki Terbaik Golden Awards 2017 Jordan Voon, Pelakon Pentas Wanita Terbaik Rosa Chong, selebriti internet Edilson Lim, komposer terkenal Jovi Theng, Pelakon Lelaki Terbaik Pertandingan Filem Pendek BMW Azman Hassan dan ramai lagi.

Filem ‘Amazing Titanman’ adalah filem  bergenre fiksyen-sains berbahasa Cina yang pertama dihasil dan dikeluarkan Malaysia. Jalan ceritanya yang luar biasa dan creative serta gandingan barisan pelakon yang baru dan berpengalaman memberikan dimensi yang segar kepada penonton. Pembikinan filem ini juga mengaplikasikan penggunaan teknik animasi yang tinggi serta kesan khas yang pasti akan membuat para penonton kelak memperkatakan akan kehebatannya. Dalam masa yang sama,  filem ini sudah pasti akan menaikkan lagi persada dan mutu industri perfileman tempatan.

SINOPSIS

 

Filem  ‘Amazing Titanman’ mengisahkan tentang pihak NASA dari Amerika yang sedang menyiasat kehadiran satu spesis makhluk asing ke bumi. Pada tahun 2015, satu spesis makhluk asing yang berbentuk aneh (Iakonan oleh Jaguar Lim) telah tiba  dan tinggal di bumi. 

 

Hasil siasatan ejen rahsia NASA (lakonan oleh Mehrdad Ravavi Mozart) mendapati rupa-rupanya ada segelintir penduduk bumi yang sudah pun mempunyai hubungan dan interaksi dengan makhluk asing tersebut. Dalam masa yang sama, siasatan juga mendapati rupa-rupanya makhluk asing ini berasal dari sebuah planet yang bernama Planet Titan. 

 

Pihak NASA berasa bimbang dengan kehadiran makhluk asing ini dan membuat keputusan untuk menangkapnya! Pada ketika ini, seorang individu asing (lakonan Namewee) mulai mendedahkan maklumat rahsia mengenai makhluk asing tersebut...


Tonton filem ini dan anda berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM500,000! 

 

Selepas sambutan yang menggalakkan ekoran pertanding 'Tonton dan Menang' sempena penayangan filem pertamanya, kini Jaguar Lim tampil dan menawarkan hadiah wang tunai yang Iebih tinggi buat anda! Dapatkan tiket wayang dan anda mungkin akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000! Jadi jangan lupa rebutkan peluang anda mulai 22hb Februari 2018 di pawagam berhampiran anda! |MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.