ROCKETFUEL ENTERTAINMENT LANCAR 7 VIDEO KARAOKE ARTIS TERKEMUKA MALAYSIA


Buat julung-julung kalinya, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. menghimpunkan tujuh nama besar industri muzik tanahair dalam sebuah sesi media istimewa bersama Rocketfuel Entertainment. Hafiz Suip, Syamel, Sufi Rashid, Ara dan Adira merupakan antara barisan penyanyi yang tidak asing lagi kerana masing-masing telah mencapai kejayaan demi kejayaan yang mengagumkan di dalam serta luar negara dengan pelbagai anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang bergelar anak seni.


Selain itu, dua (2) nama baharu juga turut diperkenalkan dalam sesi media pada hari ini iaitu Masya Masyitah dan Farhan Mustapha.

Fokus utama sesi media istimewa ini adalah untuk melancarkan video karaoke ketujuh-tujuh (7) artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment dl setiap cawangan Red Box. Para pengunjung pusat-pusat karaoke Red Box seluruh negara kini berpeluang untuk berhibur sambil menyanyikan lagu-lagu penyanyi kegemaran mereka: HAFIZ SUIP 》 Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Hafiz Suip, penyanyi bersuara emas ini kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ dengan mengangkat momen-momen besejarah dalam hidupnya seperti kelahiran putera sulungnya baharu-baharu ini. SYAMEL 》 Selepas kejayaan 'Lebih Sempurna’ yang memberangsangkan, juara Duo Star ini mempertaruhkan single ‘Biar Cinta’ yang merupakan kesinambungan single terdahulu dengan persembahan vokal bertenaga yang merupakan trademark beliau. SUFI RASHID 》 Juara Akademi Fantasia kelahiran Singapura ini berkolaborasi dengan penyanyi serta penggubah lagu muda berbakat besar iaitu Haqiem Rusli dalam single 'Aku Sendiri’ di mana beliau mempamerkan kebolehan bermain piano. ARA 》 Single ’Warkah Untukku’ ternyata mendapat sambutan luar jangkaan dan sekaligus melonjakkan nama Ara sebagai seorang penyanyi yang perlu diberi perhatian dan dengan single 'Bunga’ terbaharu daripadanya ia turut menerima respon yang positif. ADIRA 》 Walaupun menyepi beberapa ketika, Adira tidak senyap begitu sahaja tetapi bangkit dengan single 'Sembunyi’ yang memaparkan sisi lain yang tidak pernah kedengaran sebelum ini dan menonjolkan kebolehan beliau sebagai penyanyi yang versatil. MASYA MASYITAH 》 Masya merupakan ahli termuda dalam keluarga besar Rocketfuel Entertainment dan merupakan juara Ceria Popstar yang menonjolkan pendekatan yang lebih matang dalam menyanyikan single terbaharunya yang berjudul ‘Mawar Terbiar’. FARHAN MUSTAPHA 》 Setelah beberapa tahun berjuang dan menyertai pelbagai rancangan pertandingan nyanyian, Farhan muncul dengan lagu ciptaannya sendiri di mana beliau meluahkan segalanya dalam single ‘Wayahg’ dengan keunikan vokal tersendiri.





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.