FERHAD KONGSI MAKNA RASA CINTA DALAM 'DEFINASI CINTA'

February 9, 2018

 

 


'Apakah cinta...
Berbeza tafsiran pada hati berlainan. Biarkan kami kupas erti cinta,
Biar kami suluh agar terang yang gelita
Biar kami naskhahkan cinta.’


Sudah lama namanya tidak meniti di bibir peminat muzik tempatan seolah olah sepi tanpa sebarang berita. Sehinggalah beliau muncul kembali dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-4 tahun lalu. Walaupun tidak memenangi sebarang tempat di pertandingan tersebut, penyanyi terkenal Ferhad kini kembali membuka lembaran baru karier muziknya dan bakal menggegarkan arena seni dengan single terbaru bertajuk ‘Definasi Cinta’.

 

Figura muzik terkemuka yang popular dengan lagu Pernah, Kasih Berubah dan Higher Deeper ini mempertaruhkan single ‘Definasi Cinta’ sebagai kemunculan semula beliau di dalam industri hiburan tanah air.

‘Definasi Cinta' merupakan sebuah lagu yang dicipta melodi dan liriknya oleh Dr. lrma serta susunan muzik garapan Iswandy Atan. Dr. lrma Entertainment merupakan produser tunggal untuk lagu ini dan juga telah berkolaborasi bersama Warner Music Malaysia, selaku pengedar rasmi.


Lagu ini berkisarkan tentang maksud dan rasa emosi cinta itu sendiri . Defin"A"si . 


Cinta membawa maksud “definisi cinta AKU" kerana cinta ditafsirkan berlainan pada hati yang berbeza. Cinta pada yang Esa, cinta pada suami / isteri, cinta pada kekasih mahupun ibu bapa. Cinta perlu wujud dalam hidup setiap insan kerana tanpa cinta, hidup akan kelam jalannya dan impian tiada dalam jiwa. Seperti lagu tanpa irama, seperti bintang tanpa cahaya, seperti diri tiada pedoman.
 

 Sekitar majlis pelancaran single dan musik video terbaru Ferhad,  "Definasi Cinta" 


Disuntik sentuhan magis tersendiri Dr. Irma, Ferhad menjadikan Definasi Cinta sebagai hadiah kepada para peminat yang menantikan kemunculan semula beliau di persada seni tanah air. Sentuhan yang cukup unik dan bakal memberi impak mendalam pada para pendengar dan juga para peminat muzik tempatan.

Lagu ini juga dihasilkan sebagai tanda penghargaan beliau kepada peminat-peminat yang tidak putus memberikan sokongan sepanjang karier beliau. Muzik Video Definasi Cinta juga dilancarkan seiring dengan pelancaran lagu single ini dan boleh di tontoni pada jam 6 petang di Youtube.

 

Muzik Video yang keluarkan oleh Dr. Irma Entertainment, di bawah arahan Myoko Taro, pengarah kreatif Mamantaro dan papan cerita rekaan Dr. Irma sendiri, dihasilkan sepenuhnya oleh Dr. Irma Entertainment Production dengan kerjasama Rosa Malacca Hotel, Amirul Ismail Photography dan Platinum Apple Sound Studio Melaka.

Bermula pada 9 Februari 2018 , ‘Definasi Cinta’ bakal diputarkan menerusi corong stesen radio tempatan. Single ini juga boleh di strim dan di muat turun sepenuhnya menerusi platform digital Spotify, Apple Music, JOOX, Yonder Music, KKBOX, dan juga di iTunes. la juga boleh dijadikan nada dering peribadi. |MYBUZZ!

 



Tajuk : DEFINASI

Artis : FERHAD

Komposer : DR. IRMA

Lirik : DR. IRMA 

Penerbit : DR. IRMA ENTERTAINMENT

 

VERSE 1
Yang ku panggil cinta.. dengarlah
Kau ku gelar sayang.. mengertilah
Getaran jiwaku
Menyeru nyawamu

 

PRE CHORUS
Kau novela cintaku
Kau puisi mimpiku
Dengan setiap nafasku
Kau definasi cinta

 

CHORUS
Namamu meniti di bibirku
Wajahmu ukiran hatiku
Suaramu muzika hidupku
Ada kamu, kau definasi cinta

 

Muzik Video Definasi Cinta

 

VERSE 2
Andai menghindar.. janganlah
Kalau menjauh.. kecewalah
Kau kejora indah
Terangi malam gundah

 

CHORUS
Namamu meniti di bibirku
Wajahmu ukiran hatiku
Suaramu muzika hidupku
Ada kamu, kau definasi cinta.. o..ohh

 

BRIDGE
Ku serahkan hati
Selamanya kau miliki
Kuserahkan jiwa
Harapku ke syurga

 

CHORUS
Namamu meniti di bibirku
Wajahmu ukiran hatiku
Suaramu muzika hidupku
Ada kamu, definasi cinta.. o..ohh


 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.