Drama Pendek 'Jalan Ini' Angkat Kesedaran Masyarakat

February 9, 2018

 

"JALAN INI" adalah sebuah Drama Pendek di bawah produksi Dramatis Studio. Pengarahan oleh Zayrul Iqwan Rosli, Jurulatih lakon oleh Rosli Rahman Adam dan Pengurus Produksi oleh Liza Tan.

Barisan para pelakon baharu terdiri daripada Khairul Rizal Khalid, Asyraf Mustafa, Muhammad Hidayat, Ewan Riduan, Putera Amsyar serta artis iaitu Izzmad Harun dan Rozita Rohaizad.

 

3 FAKTA MENARIK TENTANG JALAN INI

 

 

☻ Cetusan idea daripada ketua Kumpulan barisan pelakon saudara Khairul Rizal Khalid

 

☻Memaparkan bakat-bakat baru yang sangat berbakat dalam bidang lakonan

 

☻Digarapkan oleh Jurulatih lakon berpengalaman Saudara Rosli Rahman Adam

 

 

PRODUKSI JALAN INI

 

Selain itu juga produksi JALAN INI berharap agar karya ini dapat diterima baik oleh masyarakat di luar sana. Produksi juga mempunyai perancangan menjelajah di seluruh negeri bagi menjalani proses pengambaran disamping mempromosikan budaya, adat resam, dialek daerah serta makanan di tempat tersebut bagi memperkuatkan cerita yang bakal dipertontonkan.

 

Produksi juga berharap sekiranya ada pihak-pihak yang sudi menyokong dan menaja dalam apa jua bentuk tajaan yang difikirkan sesuai untuk melancarkan lagi proses penggambaran pada masa akan datang.

 

MB berkempatan hadir ke malam pra-tonton JALAN INI kelmarin di 137 Cafe & Bistro, Ampang dan ternyata ada banyak mesej berguna yang ingin disampaikan di dalam drama pendek ini.

 

Pada malam tersebut artis baru yang sedang meningkat populariti Izzmad Harun telah melancarkan peraduan yang membawa pulang hadiah percutian 3 Hari 2 Malam ke Medan, Indonesia dengan hanya pembelian makanan RM100.00 sahaja di 137 Cafe & Bisro. Info lanjut lanjut sila ke IG 137 Cafe & Bistro

 

 

Foto Izzmad Harun (Kurta Putih)  bersama para pelakon dan Pengurus Restoran 137 Cafe & Bistro

 


SINOPSIS JALAN INI


'Jalan Ini' mengisahkan mengenai Zali, seorang bekas banduan yang mengharapkan masyarakat menerimanya kembali, walaupun menghadapi rintangan daripada mussuhnya Arsyad serya anggota keluarganya terdiri daripada ibu dan abangnya namun dengan bantuan Ustaz Harun, Zali mengorak langkah ke hadapan mencari sinar baru dalam hidupnya.


Jom kita tonton sekejap JALAN INI yang berdurasi sekitar 17 minit. |MYBUZZ

 

 

TENTANG DRAMATIS STUDIO

 

Dramatis Studio adalah sebuah produksi berskala kecil dan  sebuah kelas lakonan untuk bakat-bakat baru yang berminat dalam bidang lakonan drama mahupun teater. 

 

Jika anda berminat dalam bidang lakonan dan mahu mendalami ilmu serta asas lakonan, anda dipelawa untuk menyertai Dramatis Studio. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 012-2416263 (Puan Liza) atau sila layari FB DRAMATIS STUDIO & IG DRAMATIS STUDIO       |MYBUZZ

 

 

 

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.