HASIL  SWAFOTO SEPERTI PROFESIONAL DENGAN KAMERA TANPA CERMIN X-A5 FUJIFILM





Pertumbuhan permintaan dua (2) angka dorong Fujifilm Malaysia lancarkan rangkaian X Series baharu. Fujifilm Malaysia menetapkan sasaran untuk memperluas bahagian pasaran rangkaian kamera X Series tanpa cerminnya dengan merebut dan memanfaatkan peluang dalam pertumbuhan permintaan dua angka daripada peminat fotografi Gen Y. Golongan muda generasi ini mahu mengambil gambar yang menyeronokkan, versatil dan bermutu tinggi dengan kamera mereka, untuk mengabadikan dan berkongsi saat-saat indah dan aktiviti kegemaran dengan mudah dalam rangkaian sosial mereka. Kamera X-A5 bergaya serba baharu Fujifilm, lanjutan daripada model X-A3 ialah kamera digital tanpa cermin yang paling kecil dan ringan dalam rangkaian X Series. Menggabungkan sensor 24.2 megapiksel baharu dan teknologi penghasilan semula warna tersendiri X Series, kamera X-A5 menawarkan pelbagai ciri baharu, termasuk kanta zoom yang baru dicipta, rakaman filem 4K, skrin sentuh dan teknologi gandingan terkini Bluetooth®️ untuk pemindahan imej serta-merta.

Kamera X-A5 menampilkan reka bentuk retro yang tidak ditelan zaman, dengan ciri-ciri kontemporari yang pasti menarik perhatian apabila pengguna mula berswafoto atau mengambil gambar sesuatu yang dekat di hati mereka. Kamera ini menjadi teman sejati generasi swafoto yang muda lagi bergaya, terutamanya kaum wanita yang sentiasa mencari pengalaman fotografi dan swafoto terbaik dalam dunia digital hari ini yang pantas berubah. “Siri X-A5 terbaru Fujifilm memenuhi dan menjangkau keperluan dan pilihan peminat fotografi yang mendambakan keseronokan dan juga jurugambar profesional yang mengidamkan kamera yang canggih, mudah dikendalikan, ringan, serba guna, padat dan boleh mengambil imej bermutu tinggi," Kata Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, En. Yoshitaka Nakamura. (foto)

“Produk terbaharu kami ialah kamera yang paling sesuai dan bergaya bagi mereka yang gemar mengembara dan suka mengambil gambar tempat-tempat eksotik dan keindahan pemandangan saujana, selain golongan muda bergaya yang sentiasa mencari aktiviti menyeronokkan dan suka menampilkan gaya hidup menarik mereka di akaun media sosial,” katanya. Apabila digabungkan dengan kanta baharu boleh lipat FUJINON X015-45mm F3.5-5.6 OlS PZ, kamera X-A5 hanya seberat 4969, menjadikannya kombinasi kamera-kanta zoom paling ringan dalam X Series. la jauh lebih ringan dan padat berbanding kamera refleks kanta tunggal digital (DSLR) tetapi tetap mampu mengambil gambar bermutu tinggi. Kamera ini lebih sempurna daripada telefon pintar kerana dilengkapi dengan pelbagai turas kreatif dan sambungan tanpa wayar untuk membolehkan pengguna mengambil, menambah baik dan memuat naik gambar mereka ke media sosial dalam masa beberapa saat. la mempunyai sensor berkuasa 24.2MP APS-C yang dilengkapi dengan sistem autofokus pengesanan fasa, dan enjin pemprosesan imej serba baharu dengan kelajuan pemprosesan 1.5 kali lebih pantas daripada model terdahulunya. Digabungkan dengan kualiti imej Iuar biasa terkenal Fujifilm serta teknologi penghasilan semula warna hak miliknya, X-A5 direka cipta untuk gambar potret serba canggih dan sangat sesuai bagi golongan millennial yang ingin menghasilkan swafoto yang sempurna. Kamera X-A5 dilengkapi dengan monitor LCD belakang besar yang boleh berputar 180 darjah. Apabila panel diputarkan 180 darjah, Tombol Arahan Belakang bertukar secara automatik kepada fungsi Zoom dan Pelepasan Pengatup untuk memastikan swafoto dapat diambil tanpa sebarang kesilapan. Putaran 180-darjah monitor LCD belakang juga mengaktifkan fungsi Mata AF secara automatik untuk menghasilkan potret diri bermutu tinggi dengan fokus tajam pada mata subjek. Mod Penambahbaikan Potret yang sememangnya popular membolehkan pengguna memaparkan warna kulit yang Iebih cantik. Ciri ini telah ditambah baik dengan antara muka pengguna baharu. Pengguna boleh memilih daripada tiga peringkat penambahbaikan warna kulit menerusi operasi skrin sentuh untuk potret diri yang mudah, semula jadi dan lebih menawan.

Sekitar majlis pelancaran kamera X-A5 Fujifilm kelmarin di Sheraton Hotel, PJ

X-A5 menawarkan 11 pilihan Mod Simulasi Filem unik Fujifilm, memudahkan usaha menambah baik karya seni dengan penghasilan semula iras warna mirip filem. Kamera juga menyediakan 17 pilihan Turas Lanjutan termasuk Ciri baharu “Hilangkan Kabus” dan “Seni HDR”. Monitor LCD belakang menggunakan antara muka grafik (GUI) panel sentuhan baharu, memudahkan operasi panel sentuh mengikut gerak hati menggunakan hujung jari supaya anda boleh menyemak kesan Turas Lanjutan dan Simulasi Filem untuk meningkatkan Kemudahan penggunaan. Tombol Pelarasan Pendedahan kini telah meluaskan julatnya daripada +3EV kepada +5EV untuk meningkatkan kebebasan pengguna menyerlahkan karya fotografi masing-masing. Selain daripada itu, X-A5 menyediakan fungsi Video HD Keiajuan tinggi, membolehkan pengguna merakamkan video HD pada kelajuan empat (4) kali ganda untuk paparan gerak perlahan. Mod Berbilang Fokus menyusun imej berkualiti 4K secara automatik, sambil mengubah kedalaman penetapan medan yang diperiukan dengan pintar. Fungsi Ledakan 4K yang merakamkan 15 gambar sesaat dalam kualiti imej 4K turut disediakan. Keupayaan video 4K baru ini dan fungsi yang sedia ada membolehkan tahap kreativiti Iebih tinggi dipersembahkan dalam karya seni. Teknologi Tenaga Rendah Bluetooth®️ diterapkan ke dalam X-A5 untuk pemindahan gambar pegun dan video yang pantas, mudah dan automatik kepada teiefon pintar dan tablet yang digandingkan dengannya, menggunakan aplikasi peranti pintar “FUJIFILM Camera Remote”. Kamera ini juga serasi dengan pencetak Instax SP-3 FUJIFILM, yang membolehkan pengguna menikmati keseronokan mencetak dan berkongsi imej dengan jauh lebih mudah.


Kamera X-A5 menggunakan reka bentuk menjimatkan tenaga yang membolehkannya mengambil lebih banyak gambar setiap pengecasan berbanding kamera Iain yang setarafnya. Pengguna boleh merakamkan sehingga 450 gambar setiap kali bateri dicas, menjadikan kamera ini sesuai untuk dibawa melancong dan mengambil gambar dalam perjalanan, sepanjang hari. Memandangkan rakyat Malaysia bakal menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, pelancaran X-A5 memang tepat pada masanya kerana golongan yang muda dan bergaya kini boleh menonjolkan ciri-ciri canggih kamera apabila merakamkan gambar-gambar menarik semasa bertemu sanak-saudara dan sahabat-handai di kampung. Kaki foto dan pengembara muda juga boleh memanfaatkan ciri-ciri inovatif kamera yang membolehkan mereka merakamkan imej berkualiti tinggi apabila mereka memulakan pengembaraan baharu dan menyertai aktiviti baharu atau melawat tempat-tempat yang beium pernah dikunjungi pada musim perayaan ini.

3 varian warna kamera Fujifilm X-A5, Perak, Coklat dan Merah Jambu

Fujifilm X-A5 disediakan dalam warna perak, coklat dan merah jambu, pada harga runcit RM3,288, dan dilengkapi FUJINON XC15-45mm F3.5-5.6 OlS PZ. En. Nakamura berkata Fujifiim ingin mengambil kesempatan daripada permintaan semakin meningkat bagi kamera tanpa cermin, yang meningkat 24 peratus berbanding tahun lepas. Nisbah permintaan kamera tanpa cermin berbanding DSLR adalah kira-kira 58:42, yang menunjukkan peningkatan ketara dalam permintaan kamera tanpa cermin. “Kami meramaikan X-A5 terbaharu kami akan meneruskan trend pertumbuhan ini kerana kamera tanpa cermin akan terus mendapat perhatian generasi swafoto masa kini yang arif memilih dan mahu merakamkan imej yang Iebih profesional dan bermutu tanpa membawa kamera DSLR yang berat. Pada satu masa dulu, perkara yang diutamakan ialah Kesenangan tetapi sekarang kualiti amat penting,’" tambahnya. Fujifilm beriltizam untuk menjadikan fotografi lebih menyeronokkan dan menghiburkan bagi para pelanggannya dan Syarikat bukan sahaja menggalakkan mereka menyerlahkan Kreativiti masing-masing dengan mengambil gambar dan berkongsi detik istimewa di media sosial tetapi juga mendorong pengguna untuk menoetak gambar mereka dan menikmati keseronokan mencetak foto yang mengabadikan kenangan indah mereka. Oleh yang demikian, selain daripada menyediakan rangkaian kamera digital yang terkini, Fujifilm turut menyediakan penyelesaian percetakan menerusi rangkaian Wonder Photo Shop untuk terus menjana permintaan bagi percetakan foto. Menurut En. Nakamura, Fujifilm telah melihat pertumbuhan 250 peratus dalam percetakan foto di Wonder Photo Shop sejak dilancarkan pada November 2016, dengan purata 400 cetakan sehari dan mencatatkan pertumbuhan 2.5 kali dalam perolehan jualan, dengan purata 200 unit kamera gambar pegun serta-merta lnstax dijual setiap bulan. “lni membuktikan bahawa kaki foto, terutamanya generasi lebih muda, memandang serius percetakan foto kerana mereka mula menaruh minat untuk menghasilkan cetakan foto dan menjadikannya karya peribadi,” katanya.

Pameran foto sulung Fujifilm di negara ini, iaitu Pameran Foto “Shoot. Print. Share” membuktikan trend ini kerana ia berjaya mempamerkan 5,000 cetakan foto di pusat beli-belah Sunway Pyramid, mengatasi sasaran awal 3,000 penyertaan. Di majlis pelancaran tersebut, Fujifilm turut mengumumkan pelantikan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi sebagai duta swafoto X-A5 rasmi Syarikat. Farah kemudian naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman peribadinya menggunakan kamera X-A5. Fujifilm Malaysia juga telah melantik 20 tokoh sosial berpengaruh sebagai sebahagian daripada usahanya untuk berhubung dengan golongan millennial dari seluruh Malaysia dan mendorong mereka untuk menikmati pengalaman swafoto dan fotografi terbaik dengan kamera X-A5 baharu ini. Untuk maklumat Ianjut tentang X-A5 baharu, sila layari http://fujifilm.my/product/x-a5/

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.