PENGENALAN APLIKASI “NGO NEGARAKU” BERI MANFAAT 30000 AHLI NGO DAN KOPERASI SELURUH MALAYSIA

February 11, 2018

 

Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku untuk mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar dan buat peringkat permulaan 50 NGO hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda semalam.

Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memper
kenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diekses oleh pemegang Kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik, Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

Mobile App NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO- NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok.

Pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin berkata, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.

 

Sekitar majlis pengenalan aplikasi NGO Negaraku dan pengagihan 30,000 Kad Program Komuniti Digital ​​NGO Negaraku di Dewan Felda semalam


“Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan Masyarakat khususnya kalangan Ahli-ahli NGO dan Koperasi.

"Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manafaat yang berganda,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku Dr Nur Hadi berkata.

“Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan Masyarakat yang bersatu padu."

Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride. Kaspersky, dan Comfort Reflekxologi.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini termasuk Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang). Datuk Abdul Halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro ‘Reapid Response' GST Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Fatah Abdullah. Presiden Angkasa, wakil persatuan, ahli, pengeluar produk dan sebagainya.


 

 

Latar belakang KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN》

 

Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan Program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan Kebajikan untuk diperkenalkan kepada Masyarakat.
 

  1. Mengembangkan ekonomi digital dan transaksi tanpa tunai.

  2. Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip:

  3. Meghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital perteraskan semangat Negaraku.

  4. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

  5. Mendidik Masyarakat datuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

 


    Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku 》

    Membentuk sebuah Platform bagi menggabungkan keijasama diantaia NGO-NGO termasuk Koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama.dan penawaran berkelompok.

    NGO serta ahli-ahli bekerjasama dah membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech, bermatlamat untuk menghubungkan Kerajaan dan NGO di atas platform digital.

     

    Matlamat Program

    1. Mengedarkan 30,000 kad kepada wakil NGO yang hadir untuk mendaftar Mobile App (NGO NEGARAKU).


    Syarat Penyertaan

    1. Ahli NGO atau Koperasi sahaja.

    2. Wakil sah NGO berminat dan hadir pada Majlis ini akan diberikan 150 kad untuk diedarkan kepada Ahli-ahli secara percuma.

    3. Ahli NGO yang telah mengaktifkan Mobile App NGO Negaraku boleh terus menikmati faedah ditawarkan selama 2 bulan.


    Faedah Segera

     

    1. Pembelian Produk & Perkhidmatan terpilih dengan penjimatan +>40% dari harga sebenar.

    2. Hadiah percuma untuk yang mendaftar pada hari tersebut dan pebagai lagi tawaran menarik.


    Penggunaan Secara Percuma Selepas 2 Bulan

    1. NGO boleh memilih untuk membayar sebanyak RM150 secara one off untuk setiap Ahli yang berminat untuk menikmati faedah dan tawaran tambahan.


    Faedah Tambahan Selepas Pembayaran Yuran Sebanyak RM150 

    1. Pengguna berhak memilih barangan atau Perkhidmatan bernilai tunai RM150-200 yang ditawarkan secara terus dan percuma.

    2. Penjimatan berterusan melalui tawaran di platform “Beli & Jimat”.

    3. Platfom Derma (donation platform).

    4. Teknologi kewangan (Fintech Platform) melalui e-wallet. 

     

     

    Share on Facebook
    Share on Twitter
    Please reload

    Follow Us
    • Black Instagram Icon
    • Black YouTube Icon
    • Twitter Basic Black
    • Facebook Basic Black
    • Black Google+ Icon
    Recent Posts
    Please reload

    Please reload

    © 2018 by SeoJun

    Meet The Team

    Cyrill Hassan

    • Facebook Social Icon
    • Instagram Social Icon
    • Twitter Social Icon

    Ask me to know me. Get connected to my social media

    Yus Yunus

    • Facebook Social Icon
    • Instagram Social Icon
    • Twitter Social Icon

    Nobody is perfect.  Always stay connected with me.