JAMPI Bergelar Juara AJL32

Penuh Gilang-Gemilang Anugerah Juara Lagu ke 32 dengan tema Fesyen & Muzik yang telah bersiaran secara langsung melalui saluran TV3 jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Foto dari IG @haelhusaini

Anugerah Juara Lagu ke 32 kali ini mengangkat lagu Jampi nyanyian Hael Husaini yang telah memukau hati kesemua juri. Lagu dan Lirik ditulis oleh Hael sendiri bersama Ezra Kong. Juara AJL32 yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan baucar CJ WOW Shop RM10,000.

Naib Juara AJL32 dimiliki oleh lagu Sejati (nyanyian asal Faizal Tahir) yang dinyanyikan Azmi Caliph Busker membawa pulang wang tunai RM35,000 dan Baucar CJ Wow Shop RM2,000 Seterusnya berada di tempat ketiga menerusi lagu Tergantung Sepi nanyian oleh Haqiem Rusli menerima wang tunai sebanyak RM20,000 dan CJ WOW Shop RM2,000.



BACA ARTIKEL TERDAHULU: ANUGERAH JUARA LAGU 32 ANGKAT ELEMEN FESYEN & MUZIK Anugerah yang menjadi igauan ramai iaitu Vokal Terbaik telah jatuh ke tangan Syamel & Erni Zakri dengan lagu Aku Cinta membawa pulang wang tunai RM12,000 dan baucar CJ WOW RM2,000. Persembahan terbaik (dibawakan oleh Samsung) pula dimiliki oleh Altimet dengan lagu Amboi juga membawa pulang wang tunai RM12,000 dan CJ WOW Shop RM2,000 dan sebuah telefon pintar Samsung A8. Terakhir sekali Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dimiliki oleh Khai Bahar dengan membawa pulang sebuah telefon pintar Samsung A8+.


TROFI AJL32 BERTEMAKAN FESYEN & MUZIK

Setiap kategori membawa pulang trofi masing-masing yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini selaras dengan tema AJL32 Fesyen & Muzik. Kehadiran tetamu kehormat iaitu Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia menyerikan lagi AJL32. Acara ini digamatkan oleh Hos Popular iaitu Penyanyi, Alif Satar dan Pelakon & Pelawak, Sherry Al-Hadad. Persembahan pembukaan dimeriahkan oleh Stacy, Waris, Ag Coco & Edrie Hashim dengan lagu Aku Stacy, Bosan & Pakai Buang. Akhirnya pentas AJL32 ditutup dengan persembahan interlude popular genre PoP Yeh Yeh oleh Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jefry Din, Datuk Awie & Siti Sarah dengan lagu Tak Mengapa, Suzana & Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan & Kenanganku. AJL32 dibawakan khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Semua lagu yang dipertandingkan dan dinilai oleh para juri profesional terdiri daripada Azmeer selaku Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim dan Aizat Amdan. |MYBUZZ|

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.